Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselamatan

survival... seni perjuangan hidup dalam hutan
Post Reply
User avatar
lusuh adventure
Pendaki Gunung
Posts: 189
Joined: 14 Aug 2008, 14:44
Location: kuala Lumpur
Contact:

Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselamatan

Post by lusuh adventure » 19 May 2010, 16:02

Teknik mengenali jenis haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselamatan

Kita sering kali masuk dan keluar hutan, mengdaki gunung dan sungai untuk menikmati keindahan alam yang yang di cipta oleh yang maha esa. Didalam perjalanan itu, kita mungkin melalui pengalaman terlihat binatang liar atau melihat kesan-kesan yang ditinggalkan oleh haiwan tersebut. Disaat itu ada dua kemungkianan yang berlaku iatu ialah setuasi merbahaya atau tidak.

Diartikal ini lusuh akan ceritakan teknik mengenali haiwan melalui tapak kaki yang ditinggalkan, menilai pula adakah kita dalam bahaya atau tidak dan apa perlu dilakukan. Disini lusuh akan fokuskan kepada Harimau, *ditapis* hutan, Beruang dan Seladang yang boleh dikatakan kerap dijumpai kesannya.

Dinegara kita ini, kes akibat seragan binatang buas terhadap manusia amatlah sedikit. Jika adapun, ai adalah disebabkan oleh harimau belang yang tercedera. Cerita atau kes-kes mengenai haiwan lain menyerang manusia boleh dikatakan hampir tiada.

Harimau Belang
Image

Harimau Belang (Panthera tigris) boleh dikesan jika anda jumpa kesan tapak kaki seperti di atas. Secara keseluruhannya ia mempunyai saiz yang besar dan berbadan berbelang. Kebisaanya ada tiga ciri utama tempat tingal harimau ini iaitu, tedapat tempat perlindungan yang bagus, dekat dengan sumber air dan terdapat banyak sumber makanan. Selalunya ia bergerak secara bersendirian dan jika harimau betina ia akan memburu disebelah malam. Harimau belang ini, ada kawasan dan wilayah masing-masing ia ditandakan dengan air kencingnya. Lingkungan kawasan pemburuannya ialah sekitar 20 kilometer persegi,bagi harimau betina dan antara 60-100 km persegi bagi harimau jantan. harimau belang sangat pandai berenang. Kebisaannya harimau akan lari dari manusia apabila terhidu bau kita. Secara teknikalnya harimau belang ini tidaklah merbahaya kepada manusia kecuali kita ganggu habitatnya, harimau yang mempunyai anak kecil dan yang tercedera.

Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat tapak kaki tetapi tiada berbau hamis, jangan risau kerana ia mungkin berada jauh dari kita.
2-Jika terjumpa tapak kakinya dan berbau hancing bercampur hamis, jangan risau anda telah melalui sempadan yang ditandanya.
3-Jika terjumpa tapak kaki atau tidak, tetapi bau hamis yang amat kuat jangan cemas kerana ia mungkin berada disekitar tetapi kena berjaga-jaga. Jika sedang anda berjalan tiba-tiba suara burung berkicau dengan bising atau jika ada monyet ia akan menjerit dan melompat-lompat bermakna ia memang berada sangat hampir dengan anda atau mengekori anda.
4-Harimau ini dapat juga dikesan berdasarkan cakaran yang di tinggalkan dipokok.
5-Melalui ngauman harimau, ia dapat didengar dalam jarak dua batu. Harus diingat bahawa jika anda dengar ngauman harimau jelas dan kuat bermakna ia masih jauh, tetapi jika anda dengar perlahan bermakna ia ada berhampiran dan dekat.
6- Jika terjumpa bangkai haiwan yang masih elok tetapi ada kesan gigitan dibadan dan pendarahan dileher.

Tindakan yang perlu dilakukan:

1-Jika sedang berjalan dan terasa terancam, maka bertempiklah atau menjeritlah sekuat hati untuk menakutkannya atau mengunakan letupan (mercun atau senjata-jika ada)
2-Jika bermalam buatlah unggun api dan buatlah senjata untuk menghindarkannya.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, maka jalanlah secara berundur, jangan pusingkan badan kerana tengkuklah sasarannya.
4-Terakhir ialah bertawakalah kepada Allah.(kerana kebiasaanya manusia bukanlah makanannya)

Harimau Kumbang
Image

Harimau kumbang, kebiasaannya di Malaysia ini berwarna hitam tetapi akan kelihatan tompokan pada bulunya jika dipandang dengan teliti. Ia memburu hidup secara bersendirian. Harimau ini berbadan panjang, bertubuh kecil dan berkaki pendek. Ia gemar tinggal diatas pokok dan memburu makanan dikawasan yang di kuasainya. Harimau kumbang ini sangat pandai berenang. Harimau ini kebiasaan menyerang mangsa dari atas pokok tetapi adakalanya melalui darat.Harimau ini juga jarang ditemui dan akan melarikan diri jika terhidu bau manusia atau yang mengancamnya.(sebenarnya tidak banyak maklumat diketahui mengenainya)

Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat cakaran atau goresan kuku pada dahan dan batang-batang pokok.
2-Jika terjumpa tapak kakinya (kecil sedikit dari harimau belang) dan berbau hamis
3-Jika terjumpa tapak kaki atau tidak, tetapi bau hamis yang amat kuat jangan cemas kerana ia mungkin berada disekitar tetapi kena berjaga-jaga. Jika sedang anda berjalan tiba-tiba suara burung berkicau dengan bising atau jika ada monyet ia akan menjerit dan melompat-lompat bermakna ia memang berada sangat hampir dengan anda atau mengekori anda.
4- Jika terjumpa bangkai haiwan yang masih elok tetapi ada kesan gigitan dibadan dan pendarahan dileher dan berada di atas pokok.

Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terasa terancam, maka bertempiklah atau menjeritlah sekuat hati untuk menakutkannya atau mengunakan letupan (mercun atau senjata-jika ada)
2-Jika bermalam buatlah unggun api dan buatlah senjata untuk menghindarkannya.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, maka jalanlah secara berundur, jangan pusingkan badan kerana tengkuklah sasarannya.
4-Terakhir ialah bertawakalah kepada Allah.(kerana kebiasaanya manusia bukanlah makanannya

*ditapis* khinzir hutan:
Image

kinzir hutan (Sus scrofa vittatus ) dapat dikesan jika anda terjumpa tapak kaki seperti digambar yang ditunjukkan dan jika anda terlihat tanah degembur-gemburkan sewaktu didalam hutan.
saiz haiwan ini lebih besar dari sekeor kambing. Haiwan ini ialah jenis berkuku ,gigi taring dan hidung yang kuat. kinzir hutan amat garang jika ia diganggu terutama *ditapis* betina yang mempunyai anak. kinzir hutan hidup dalam berkumpulan dan ia aktiv mencari makanan antara waktu senja dan malam. Haiwan ini gemar tinggal dikawasan lembah dan lembab.

Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat tapak kaki atau tanah yang degembur-gemburkan sewaktu dihutan
2-Jika terdengar bunyi dengusan yang kuat (kinzir dewasa) dan dan bunyi yang nyaring (akak kinzir)
3-Jika terlihat kesan lumpur pada batang pokok kerana tabiat kinzir suka megesel badannya pada batang pokok.(suka berkubang)
4- Jika terjumpa sarangnya dari timbunan daun-daun dan ranting-ranting kayu yang membentuk seperti busut.

Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terjumpa kesan-kesan seperti dinyatakan, seharusnya anda berhati-hati dan bersedia.
2-Jika dikejar maka larilah secara 'zik-zak' @kekiri dan kekanan kerana haiwan ini akan berlari menyerang secara lurus. Jika anda lari secara lurus peluang untuk anda kena serang 99% tepat.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, berundur dan tunggu dahulu tindakannya, jika ia beredar anda selamat dan jangan buat haiwan ini terperanjat. jika tidak ,panjatlah pokok untuk keselamatan.
4-Terakhir ialah bertawakalah kepada Allah.(bacalah doa apa yang patut)

Beruang (beruang madu)
Image

Beruang yang dikenali dimalaysia ialah beruang madu (Helarctos malayanus atau sun bear) Berwarna hitam dan ada juga berjalur putih kuning dibahagian leher. Berat haiwan ini 48-68 kg,berketiggian dalam 4 kaki dan boleh berlari pantas, memanjat dan berenang. Haiwan ini boleh juga berjalan dengan dua kaki. Ia hidup di permukaan tanah dan di atas pokok. dan boleh ditemui didatarn rendah (bukit) dan gunung antara 1500-2500m dari aras laut. Haiwan ini mempunyai kuku yang panjang dan tajam dan amat cekap memanjat pokok untuk mencari madu. Haiwan ini juga makan serangga, haiwan kecil dan buah-buahan. Beruang akan bertindak ganas jika ia mempunyai anak.

Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat tapak kaki dan kuku ditanah atau kesan cakaran pada pokok dengan cara yang kuat dan besar
2-Jika terlihat kesan susunan ranting yang besar seperti sarang tetapi tidaklah kemas atau susunan daun-daun pokok yang disusun berbentuk bulat.
3-(kebiasaannya ia amat sukar ditemui kerana ia sejenis haiwan yang pemalu dan dapat menghidu kehadiran manusia dari jarak yang jauh, tetapi jika ia menghampiri, kita tidak akan perasan kerana ia bergerak dengan senyap)

Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terjumpa kesan-kesan seperti dinyatakan, seharusnya anda berhati-hati dan bersedia. Menjeritlah sekuat hati agar ia lari atau gunakan letupan untuk menakutkanya (mercun)
2-Berpura-pura mati (inilah yang diajarkan dinegara barat jika berhadapan dengan Beruang dan kejayaanya ialah 50/50.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, berundur dan tunggu dahulu tindakannya, jika ia beredar anda selamat . selepas itu bertawakalah kena tiada cara lain selain tiga perkara diatas untuk menyelamatkan diri.

Gajah Malaysia
Image

Gajah Malaysia (Elephas maximus hirsutus),berbadan kecil sedikit daripada gajah Afrika. Jangka hayat gajah untuk hidup antara 60-80 tahun. Habitat gajah ini ialah tinggal di hutan dara dan hutan skunder. Gajah jantan suka hidup secara sendiri untuk mencari makan, manakala gajah betina dan anaknya hidup secara berkumpulan. Gajah suka berehat bila cuaca panas, mempunyai daerah atau wilayah sendiri untuk mencari makan. Makanan utama gajah daun, rumput dan buah-buahan. Gajah haiwan yang pandai berenang, cerdik dan pantas belari.

Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat tapak kaki dan najisnya yang masih baru.
2-Jika terlihat kesan pokok di rebah atau dipecahkankan contoh pokok pisang, dan buloh.
3.Jika terdegan bunyi gajah yang seperti terompet
4.jika tahi gajah yang dijumpai telah menjadi kulat atau bercendawan, hindarilah tempat tersebut dari menjadi tapak perkemahan. Ini kerana gajah akan kembali ketempat tersebut.

Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terjumpa kesan-kesan seperti dinyatakan, seharusnya anda berhati-hati dan bersedia. lihat kawasan sekitar untuk mencari tempat berlidung jika terpaksa
2-Jika dikejar gajah berlarilah kearah pokok yang besar dan berselindung atau berlarilah mengelilinginya. Jika hendak panjat pokok carilah yang besar dan tinggi.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, berundur dan tunggu dahulu tindakannya, jika ia beredar anda selamat . (gajah amat agresif jika musim mengawan bagi Jantan dan jika mempunyai anak bagi gajah betina)selepas itu bertawakalah.

SELADANG

Image

Seladang (bos gourus) adalah haiwan bowin (dalam kelurga lembu) yang berbadan besar (boleh mencapai ketinggian 2 meter dan berat 900 kg), bertanduk yang kuat dan melentur kedalam besar dan berbulu gelap. Habitatnya, tinggal di hutan dara dan hutan skunder. Haiwan ini hidup dalam berkumpulan antara 4-8 ekor, aktif diwaktu subuh dan senja. Makanan haiwan ini ialah rumput-rumpau dan dedaunan.

Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat kesan tapak kaki (seperti tapak kaki kerbau)
2-Jika terdengar bunyi dengusan yang kuat.

Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terjumpa kesan-kesan seperti dinyatakan, seharusnya anda berhati-hati dan bersedia. lihat kawasan sekitar untuk mencari tempat berlidung jika terpaksa
2-Jika dikejar berlarilah kearah pokok yang besar dan berlindung arau berlarilah mengelilinginya. atau sembunyi. Jika hendak panjat pokok carilah yang besar dan tinggi.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, berundur dan tunggu dahulu tindakannya, jika ia beredar anda selamat . (Seladang amat agresif jika ia tercedera atau yang mempunyai anak).

Pengalaman lusuh dan rakan menghadapi haiwan sebegini :
1.Di Taman Negara Pahang- (hanya berada dalam jarak 7@10 kaki dari 'trek' kami lalu (harimau belang) .
2.Di Lubuk Tedung Kemensah- Telah diekori, dan ia telah mengaun dengan kuat dan berkali-kali (harimau belang)
3.Di Air Terjun Jerangkang -telah diekori (harimau belang)
3.Di Lubuk Tedung Kemensah- Rakan lusuh berhadapan (face to face), setelah berbicara ia beredar.
4.Main basikal menuju ke Air terjun Kubang gajah kemensah telah dikejar (di ikuti) (harimau bintang)
5.Taman Negara Pahang, kesan baru Gajah baru lalu.
6.Di Cameron Highland-Mendaki Gunung Beremban, Rakan teserempak dengan Beruang Madu.

Sekian terima kasih, lusuh berharap kita semua mendapat ilmu dari artikel yang dihasilkan.

terima kasih.

Lusuh Adventure
030110 0800
Image
http://lusuh.multiply.com
http://lusuh.com.my

1.(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy'atau menerbit tampa kebenaran)
2.(Gambar adalah bersumber internet)
welcome adventure to lusuh adventure ever-green exprience
we sale outdoor gear by online, visit us: http://lusuh.com.my/

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by rembau » 19 May 2010, 17:49

TQ atas sumbangan anda
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
lusuh adventure
Pendaki Gunung
Posts: 189
Joined: 14 Aug 2008, 14:44
Location: kuala Lumpur
Contact:

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by lusuh adventure » 20 May 2010, 00:10

sesama kita menyebarkan ilmu yang baik..
welcome adventure to lusuh adventure ever-green exprience
we sale outdoor gear by online, visit us: http://lusuh.com.my/

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by betterman » 20 May 2010, 13:28

Lubuk tedung tu ada harimau belang... padahal dekat je dgn KL...
aku pernah jumpa kambing gurun kat tabur east...
besar mcm lembu...
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

User avatar
lusuh adventure
Pendaki Gunung
Posts: 189
Joined: 14 Aug 2008, 14:44
Location: kuala Lumpur
Contact:

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by lusuh adventure » 21 May 2010, 11:43

Lubuk tedung tu ada harimau belang... padahal dekat je dgn KL...
aku pernah jumpa kambing gurun kat tabur east...
besar mcm lembu...

-kemensah adalah hutan simpan kekal..so bnayak haiwan yn berlidung didalamnya..dan selamat
-bersempadan dengan pahang, dan selangor..hutan yang luas..
welcome adventure to lusuh adventure ever-green exprience
we sale outdoor gear by online, visit us: http://lusuh.com.my/

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 24 May 2010, 12:14

Terima kasih bang.
Bila nak trekking sama nihh.

Secara Geologinya kawasan ni adalah dalam sistem Kompleks Gunung Berapi Sempah
Azman A Ghani & Navpreet Singh. Sempah volcanic complex, Western Belt of Peninsular Malaysia : Preliminary study of Petrology and Geochemistry Malaysian Jour. Science 21, 2002, 123 - 130

ajon
Pendaki Tegar
Posts: 267
Joined: 19 Dec 2005, 12:08
Location: kl
Contact:

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by ajon » 24 May 2010, 17:31

En.Sam...klau jejak ular sawa dn buaya cam mana?

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 25 May 2010, 12:16

Ular sawa biasanya melalui lembah. Biasanya kita tengok rumput tu rebah dan laluannya beralun macam ulau gak. Contohnya dia lalu dalam parit dan kita tengok rumput dalam parit tu beralun ditengah tengah dan bahagian tengahnya akan lebih rendah sebab menampung berat ulau sawa tuhh.
Buaya lak kita tengok kesan tapak kaki dia cam itik tetapi lebih tajam sebab Buaya lebih berat dan bahagian tengahnya terseret sebab buaya sejenis dengan biawak yang menggunakan perut untuk mengesan getaran (Buaya Pekak).

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by span » 26 May 2010, 11:50

Ular sawa biasanya melalui lembah. Biasanya kita tengok rumput tu rebah dan laluannya beralun macam ulau gak. Contohnya dia lalu dalam parit dan kita tengok rumput dalam parit tu beralun ditengah tengah dan bahagian tengahnya akan lebih rendah sebab menampung berat ulau sawa tuhh.
Buaya lak kita tengok kesan tapak kaki dia cam itik tetapi lebih tajam sebab Buaya lebih berat dan bahagian tengahnya terseret sebab buaya sejenis dengan biawak yang menggunakan perut untuk mengesan getaran (Buaya Pekak).

waaaa ilmu berguna ni,
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

User avatar
lusuh adventure
Pendaki Gunung
Posts: 189
Joined: 14 Aug 2008, 14:44
Location: kuala Lumpur
Contact:

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by lusuh adventure » 26 May 2010, 13:00

ular sebenarnya x bahaya...cuma nasib x baik kena patuk...disebabkan dia merasa terancam/teperanjat
itu jer....nak kesan ular punya trek..kekadag nampak...kekadang x....tapi jgn risau, sifat ular ni
akan lari @ sembunyi jika ada kehadiran manusia
welcome adventure to lusuh adventure ever-green exprience
we sale outdoor gear by online, visit us: http://lusuh.com.my/

lastman
Pendaki Terlampau
Posts: 615
Joined: 14 Jan 2008, 23:51

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by lastman » 31 May 2010, 19:46

lusuh makin bagus ko skang..

tny skit...jejak ulat bulu camane pulak..
jgn marah aaa ustaz...ade org tny aku sape ko..

User avatar
soulfly
Kerabat Gunung
Posts: 1147
Joined: 18 Mar 2008, 15:57
Location: SENTUL

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by soulfly » 31 May 2010, 23:35

lusuh makin bagus ko skang..

tny skit...jejak ulat bulu camane pulak..
jgn marah aaa ustaz...ade org tny aku sape ko..
syed..ulat bulu tu ko kena tanya..orang yang bilin cerita pasal pendekar bujang lapok.opppss lari topik sikit,
soalan tu macm pernah aku dengar jer...
lama sangat...

lastman
Pendaki Terlampau
Posts: 615
Joined: 14 Jan 2008, 23:51

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by lastman » 01 Jun 2010, 19:35

saje nak kacau membe lame aku nie...
dr zero dulu skang dah up grade...

User avatar
lusuh adventure
Pendaki Gunung
Posts: 189
Joined: 14 Aug 2008, 14:44
Location: kuala Lumpur
Contact:

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by lusuh adventure » 05 Jun 2010, 22:07

lusuh makin bagus ko skang..

tny skit...jejak ulat bulu camane pulak..
jgn marah aaa ustaz...ade org tny aku sape ko..

mana ada bagus..cuma mencurahkan ilme jer untuk semua..

nak jejak ulat bulu..senang jer..kau nampak lelaki yang mengatal jer dengan perempuan tu ler ulat bulu sebenarnya.kekekekeke
welcome adventure to lusuh adventure ever-green exprience
we sale outdoor gear by online, visit us: http://lusuh.com.my/

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 07 Jun 2010, 16:37

Keh keh keh.
Mamak - Ulat bulu kecik
Ngai - Ulat Bulu Besar
Mat Say - Bulu jerrrr
Keh keh keh

lastman
Pendaki Terlampau
Posts: 615
Joined: 14 Jan 2008, 23:51

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by lastman » 09 Jun 2010, 19:26

[quote="lusuh adventure"]lusuh makin bagus ko skang..

tny skit...jejak ulat bulu camane pulak..
jgn marah aaa ustaz...ade org tny aku sape ko..

mana ada bagus..cuma mencurahkan ilme jer untuk semua..

alhamdullillah...curah ape yg ade...

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by forestgump » 10 Jun 2010, 01:19

Lubuk tedung tu ada harimau belang... padahal dekat je dgn KL...
aku pernah jumpa kambing gurun kat tabur east...
besar mcm lembu...
Memang ada rimau belang sebab sebelah Pahang dari Karak ke Bahau tu ada banyak ladang lembu dan kambing...biasanya kalau ada ladang2 seperti tu, adalah harimau belang bermain ke sana kesini..
Kasihan rimau....tempat orogonal dia semakin kecil :-(
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

User avatar
lusuh adventure
Pendaki Gunung
Posts: 189
Joined: 14 Aug 2008, 14:44
Location: kuala Lumpur
Contact:

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by lusuh adventure » 13 Jun 2010, 22:02

Memang ada rimau belang sebab sebelah Pahang dari Karak ke Bahau tu ada banyak ladang lembu dan kambing...biasanya kalau ada ladang2 seperti tu, adalah harimau belang bermain ke sana kesini..
Kasihan rimau....tempat orogonal dia semakin kecil :-(

patut ler..apa nak buat...
welcome adventure to lusuh adventure ever-green exprience
we sale outdoor gear by online, visit us: http://lusuh.com.my/

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by irmuaaz » 04 Jun 2011, 18:33

ular sebenarnya x bahaya...cuma nasib x baik kena patuk...disebabkan dia merasa terancam/teperanjat
itu jer....nak kesan ular punya trek..kekadag nampak...kekadang x....tapi jgn risau, sifat ular ni
akan lari @ sembunyi jika ada kehadiran manusia
Betul la abang Sam, haritu saya terpijak ular kat kenyir (Air Terjun Lasir). Dia terkejut, saya pun terkejut. Dia lari tapi saya tergamam kaku. Tak sempat nak tgk pun ular apa kekeke. Sakit jantung sikit je lah.
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

User avatar
lusuh adventure
Pendaki Gunung
Posts: 189
Joined: 14 Aug 2008, 14:44
Location: kuala Lumpur
Contact:

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by lusuh adventure » 06 Jun 2011, 13:05

Muaz...ular air bahaya tu....
tp nasib baik x ada apa-apa...
welcome adventure to lusuh adventure ever-green exprience
we sale outdoor gear by online, visit us: http://lusuh.com.my/

User avatar
Manpahang
Pendaki Gunung
Posts: 34
Joined: 25 Jul 2010, 13:12

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by Manpahang » 28 Jun 2011, 02:47

ular karang bahaya tak?..pernah dengar tp tak tahu..di mana biasa habitat dia?

User avatar
lusuh adventure
Pendaki Gunung
Posts: 189
Joined: 14 Aug 2008, 14:44
Location: kuala Lumpur
Contact:

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by lusuh adventure » 23 Oct 2011, 00:17

ular karang bahaya tak?..pernah dengar tp tak tahu..di mana biasa habitat dia?

alamak bab ular ni fale sikit, tapi apa yang saya tahu ia merbahaya, dan antara ular yg amat berbisa cuba baca kat link ini:
http://www.uniknya.com/2011/09/5-ular-p ... -dunia-ii/
welcome adventure to lusuh adventure ever-green exprience
we sale outdoor gear by online, visit us: http://lusuh.com.my/

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by JeNaL » 23 Oct 2011, 13:06

Lusuh,
terima kasih atas nota ilmu berguna ini. akan saya jadikan rujukan dan panduan semasa di Royal Belum bulan depan semasa sesi dokumentari saya...
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

User avatar
lusuh adventure
Pendaki Gunung
Posts: 189
Joined: 14 Aug 2008, 14:44
Location: kuala Lumpur
Contact:

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by lusuh adventure » 04 Nov 2011, 23:09

Lusuh,
terima kasih atas nota ilmu berguna ini. akan saya jadikan rujukan dan panduan semasa di Royal Belum bulan depan semasa sesi dokumentari saya...
Royal belum..best tu jenal..x sabar saya nak pegi lagi..aman damai disana
welcome adventure to lusuh adventure ever-green exprience
we sale outdoor gear by online, visit us: http://lusuh.com.my/

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by irmuaaz » 05 Nov 2011, 01:33

Aaah best Royal Belum tapi kena ingat apply permit dulu. Nak 2 minggu jugak baru boleh dapat abang Sam oooi. Siap hantar pergi bukit aman tu borangnya

Tapi memang virgin forest. Masa saya pergi dapat tengok tapak rimau. Mak gajah dengan anak minum air. Hornbill, eagle, tokek, labi labi, memang best la kalau nature lover. Parking kayak je la kena ingat sket letak kat mana takut kena pijak gajah :mrgreen:
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

azhaar
Pendaki Gunung
Posts: 100
Joined: 16 Jul 2007, 16:19

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by azhaar » 08 Nov 2011, 08:58

Betul Muaaz. Royal Belum mmg virgin. Kat mana lagi yg kita boleh camping tidor dgr salakan rusa dgn sesekali rasa mcm kat zoo negara bila sayup2 dgr gauman rimau.

Dulu Royal Belum diwartakan sebagai security area tapi skrg Taman Negeri dah ambik alih. Tak pasti samada permit KDN/Bukit Aman
masih perlu atau Taman negeri fwdkan. Aku antara tahun 2002-2009 kerap masuk sana memancing dan semua permit diuruskan oleh boatmen.

Sekitar tahun 2006 dulu dalam jarak 3jam trekking ke hulu dari wakaf sg. kejar aku ada jumpa 2 org asli yg hanya pakai cawat kain batik dgn bwk parang aje. Guide aku org asli kg sg. kejar pun kata tu org asli (maksudnye org tu lagi "org asli" dari dorang heheheheh). Sebijik mcm org asli papua new guinea cuma takde tulang cucuk hidung aje. Botmen aku ckp org asli tu hidup antara sempadan malaysia-siam dan tiada kerakyaatan.

Lawak hutan Belum skit. Kwn group aku pernah hampir berperang apabila dia terdengar bunyi kat depan trek. Dah siap2 nak baling mercun. Nasib baik guide pergi check. Rupa-rupanya satu platun askar tgh buat kemsite. Kalu tak naya mercun dibalas dgn granade.

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by forestgump » 08 Nov 2011, 09:51

Tu orang Jahai.... pendek, gelap dan kerinting hakus...dan namapun agak lain dari Temir asli. Bahasanya Senoi.... banyak asli masih tak berapa suka ngan Jahai ni sebab di katakan masih lagi practise ilmu hitam.

Dulu kami " bela " beberapa group asli temiar dan jahai untuk intipan dan maklumat pada 80an - kawasan hitam dulu. " Bela " maknanya... pegang depa dengan bantuan SB E1B Perak...dululah. Banyak post-post kami dah tak ada :-( Banyak tempat dah di balak. Nak masuk Hulu Belum kena minat permit dari Taman DiRaja Belum Perak 2 minggu sebelum masuk. Depa akan beri salinan IC kamu pada PDRM.

Ular - suka berjemur di kawasan ada cahaya sebelah pagi sebab depa darah sejuk dan lambat warm up. Paling bahaya...jenis ular katang dan kapak sebab depa pendiam. Tak macam senduk dan tedung. Sawa.... tengok tempat juga. Dalam air cetekpun depa ada. Tu pasal kenan senantiasa bawa kayu sepanjang 2 metre bila trekking sebab tongkat ni berfungsi sebagai extended arm. Kalau kepala 3 segi...kapak..satu2nya ular di dunia yg boleh adjust volume racun bergantung kpd saiz mangsa.

Rimau - Asalkan rimau tu sihat...jangan risau. Kalau etrdengar ada rimau masuk kampung terkam manusia..elakkanlah trekking ke kawasan rimau ini sebab most likeliest rimau ni sakit atau tidak berupaya memburu mangsa biasa seperti *ditapis* hutan, cipan dan kijang. Perhtikan juga kalau ada banyak kesan *ditapis* hutan - kalau ada..kamu selamat. Perhatikan pergerakan tapak *ditapis* hutan..kalau tiba2 tapak2 ni meloncat....maknanya?

Gajah - tengok kesan lumpur kering di pokok dan saiz kesan kulit pokok di cungkil..kalau besar, maknaya jantan. Tengok saiz lilit tapak gajah...gandakan 2 kali lilit tapak boleh beritahu kita ketinggian gajah. Kalau nampak gajah jantan...tengok tepi kepala belakang matanya...kalau ada cecait meleleh....baik belah - gajah jantan sedang turun minyak!!! Kalau group gajah ada induk...no problem...biasanya gajah betina besar....dia akan lebih menggalakkan grup berundur dan lari ke tempat lain.

Seladang - sekali lagi tengok kesan lumpur kering di pokok dan saiz kesan kulit kayu di kopek ngan tanduknya. Seladang short tempered tetapi elok kena pakai cermin mata sebab penglihatan seladang very low seperti beruang.

Beruang - pantang bau minyak kelapa.... dan kalau dan dekat...jerit sahaj serta ambil batang pokok yg kecil dengan baynak ranting serta daun dan cucuh ke muka sang beruang.

Ni bukan ambil cerita buku - pengalaman sejak kecil2an masuk hutan umur 7 tahun sehingga dah sedikit lebih separuh abad termasuk long range patrol dalam pasukan beruniform serta ikut PERHILITAN<termasuk unit kawalan gajah>...banyak kali berdepan atau amat hampir dengan wildlife2 ni...

Pastikan SETIAP trekker pakai baju warna terang sebab semua hidupan liar AKAN elak daripada manusia.... setiap trekker mesti trek jarak 15 kaki dari satu sama lain untuk keselamatan dan ada tongkat kayu hidup. Bila tidur nanti, pastikan masukakkan kayu hidup besar atau akar racun hidup kedalam api agar asap akan keluar dan kekal lebih daripada 10 jam di waktu malam ya?

Dan trekker di depan... harapnya bijak menenangkan group serta TIDAK cakap besar sebelum trek - biasanya orang yang suka cakap besar dan suka merendah2kan trekker lain bila ada keadaan emergency - faham2lah siapa gelabah dan lari dulu!!!

Berada di hutan senantiasa LEBIH SELAMAT daripada jalan di KL di lorong2 gelap :-)))
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

User avatar
lusuh adventure
Pendaki Gunung
Posts: 189
Joined: 14 Aug 2008, 14:44
Location: kuala Lumpur
Contact:

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by lusuh adventure » 08 Nov 2011, 11:19

Tq Forestgump atas ilmu yang dicerita dan ditulis...terbaik...
welcome adventure to lusuh adventure ever-green exprience
we sale outdoor gear by online, visit us: http://lusuh.com.my/

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by irmuaaz » 08 Nov 2011, 12:32

Berada di hutan senantiasa LEBIH SELAMAT daripada jalan di KL di lorong2 gelap :-)))
Memang betul sangat. Mana ada orang nak pow awak kat dalam hutan.
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by forestgump » 08 Nov 2011, 13:47

Berada di hutan senantiasa LEBIH SELAMAT daripada jalan di KL di lorong2 gelap :-)))
Memang betul sangat. Mana ada orang nak pow awak kat dalam hutan.
Ada...kala depa habis stok rokok....kamu kena pow lah nanti... :lol:
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by nazryst » 14 Nov 2011, 21:24

Berada di hutan senantiasa LEBIH SELAMAT daripada jalan di KL di lorong2 gelap :-)))
Memang betul sangat. Mana ada orang nak pow awak kat dalam hutan.
Ada...kala depa habis stok rokok....kamu kena pow lah nanti... :lol:

Falsafah orang gunung... Biar kurang hajar, jangan kurang makan.... Biar putus kawan, Jangan putus rokok...

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by irmuaaz » 15 Nov 2011, 00:37

Hahah betul gak tu. Selalu bwk rokok gulung masuk hutan. Sapa pandai gulung silakan. Sapa tak pandai gulung takyah nak layan. Puntung pun tak kisah nak buang, biodegradeble :)
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by shahrul » 15 Nov 2011, 00:51

Falsafah orang gunung... Biar kurang hajar, jangan kurang makan.... Biar putus kawan, Jangan putus rokok...
abeh kalo org tu dak isap rokok..camno?? :lol:
_________________
_________________

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by seper4alif » 15 Nov 2011, 13:15

Berada di hutan senantiasa LEBIH SELAMAT daripada jalan di KL di lorong2 gelap :-)))
Memang betul sangat. Mana ada orang nak pow awak kat dalam hutan.
Ada...kala depa habis stok rokok....kamu kena pow lah nanti... :lol:

Falsafah orang gunung... Biar kurang hajar, jangan kurang makan.... Biar putus kawan, Jangan putus rokok...

patut lah ko cuba sedaya upaya tolak aku kat gaung masa kat tambuyukon ek.... huh... tahu dah sebab nyer...
rokok menjadi punca.... ceees

royal belom terbaik..... tuh yg patah pro custer lepas kak may batuk di ujung tangga... adus
seladang plak besar sikit jer dari kancil (woi, perodua kancil tau addoinye)
napuh/kancil cam kucing friskis tuh main tepi camp side huu huu
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
adventure inc
Pendaki Tegar
Posts: 222
Joined: 27 May 2009, 23:51
Location: penang hill, my

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by adventure inc » 21 Nov 2011, 14:16

Berada di hutan senantiasa LEBIH SELAMAT daripada jalan di KL di lorong2 gelap :-)))
Memang betul sangat. Mana ada orang nak pow awak kat dalam hutan.
muaz, ada mamat pow gas aku masa kat kabin, trusmadi... mangkuk tingkat betoi :tembak:
:: DOUBT :: FEAR :: EXCUSES ::
the mountain is not the only thing you conquer - never stop xploring

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by irmuaaz » 21 Nov 2011, 17:50

tu kena gi solo tu.... Pastu gi tempat takde orang
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by forestgump » 22 Nov 2011, 10:45

Muaz...ular air bahaya tu....
tp nasib baik x ada apa-apa...
Bukan ular air...ular memang suka masuk dalam sungai untuk sejukkan diri...nak tahu ular air, tengok ekor dia - kalau macam pendayung bentuknya, ular air le. Ular sawa pun suka berendam dalam air tapi tak boleh diklasifikasikan ular air.
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Mengenali haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselama

Post by shahrul » 22 Nov 2011, 13:39

Hahah betul gak tu. Selalu bwk rokok gulung masuk hutan. Sapa pandai gulung silakan. Sapa tak pandai gulung takyah nak layan. Puntung pun tak kisah nak buang, biodegradeble :)
mmg cigar butt ada yg dibuat utk senang lupus, biodegradable
tapi proses tu amik masa bro.. makan taun
lagipun kang ada binatang yg tersalah anggap cigar butt ni sbg makanan, lalu termakan dan lekat dlm usus camno?

pegang je prinsip leave the nature as it is, apa yg masuk bwk keluor..

peace yo
http://www.cigarettelitter.org/index.asp?PageName=Facts
_________________
_________________

Post Reply