Jika difikirkan senarai barang yang harus dibawa jika pergi berekriasi itu banyak, seperti yang telah lusuh catitkan dalam rencana yang terdahulu. (Refer:http://lusuh.multiply.com/journal/item/ ... lum_outing)Namun begitu terdapat dua barang yang amat penting yang harus ada dalam beg galas kita dan tak perlulah dikeluarkan dari beg atau mesti sentiasa berada dalam beg galas anda (keutamaan bagi meraka yang selalu/kerap pergi 'outing') iaitu:
website rasmi lusuh Adventure menjual barang'camping'
http://www.lusuh.com.my
1.Pisau
2.Bahan Api (mancis@lighter@fire starter)
Senarai barang diatas menjadi teramat terpenting jika berlaku musibah pada diri kita, umpamanya jika sesat. Untuk hidup dalam hutan senarai dua barang diatas pasti digunakan untuk kelangsungan hidup kita, dan dalam iktiar mencari jalan keluar dengan selamat.
1.Pisau

Pisau ini terserahlah kepada anda untuk menentukan kesesuaiannya. Besar atau kecil itu tidak menjadi masalah. Pilihan yang yang terbaik ialah yang berkualiti dan terbukti ketahanannya. Jika boleh cari yang boleh lipat kerana menjimatkan ruang dalam compartment beg galas disamping itu ia lebih selamat. Jika jenis bersarung pastikan sarung pisau itu jenis keras atau dijamin ketahanan dari koyak. Ingat pastikan ia sentiasa tajam.
website rasmi lusuh Adventure menjual barang'camping'
http://www.lusuh.com.my
2.Bahan Api (mancis@lighter@fire starter)
Api adalah sahabat kita yang paling baik. Ia menjadi rakan , dan juga menjadi musuh kita. Tujuan api ini ialah sebagai sumber utuk memasak, memanas badan dan juga sebagai senjata.Tetapi untuk mendapatkan api kita memerlukan sumber untuk menghidupkannya, oleh itu mancis@lighter@fire starter sebagai kuncinya. Jika anda kerap 'outing' pastikan ia sentiasa ada dalam bag galas anda dan berkeadaan baik. Pilihan yang terbaik untuk tool ini ialah cari yang berkualiti dan anda tahu cara menggunakannya contohnya Fire starter. Ia perlukan sedikit latihan untuk menggunakanya.
Lusuh Telah catatkan dua peralatan terpenting yang perlu ada, tetapi secara peribadi lusuh akan menambah empat item lain sebagai keperluan terpenting jika lusuh pergi outing (untuk keperluan sendiri dan jika kena bermalam) contoh seperti gambar dibawah, antaranya:

website rasmi lusuh Adventure menjual barang'camping'
http://www.lusuh.com.my
1>3 in 0ne whistle (Ada kompas, whistle dan ada sedikit ruang simpan barang dimana lusuh letakan talipancing, pemberat dan mata kail)
2>First aid (ada ubat tahan sakit, deman dan cirit-birit etc)
3>Emengency ponco (yang kecil dan ringan)
4>Tali berdiameter kecil yang berkualiti contoh jenis 'Kermantle' yang boleh tahan berat -+200 kg dan diluluskan oleh 'Union International des Associations d’Alpinisme (U.I.A.A)' (banyak kegunaan jika kecemasan)
Jika anda selalu 'outing' atau terlalu berminat untuk 'outing', ambilah perhatian tentang perkara diatas. Jangan terlalu berharap pada penganjur,guide (juru pandu) atau rakan . Malang tidak berbau, musibah mungkin berlaku ketika anda seorang diri atau berkumpulan. Andai kata ia berlaku juga, sekurang-kurangnya kita telah bersedia. Disamping itu, tingkatkan ilmu untuk belajar mengenai cara 'survivalble' di hutan.
Sekian terima kasih.

Lusuh Adventure
061109 1231
http://www.lusuh.com.my
http://lusuh.multiply.com
(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)