cedok sket pengalaman orang

survival... seni perjuangan hidup dalam hutan
Post Reply
blacksword
Pendaki Gunung
Posts: 57
Joined: 25 Apr 2011, 16:53

cedok sket pengalaman orang

Post by blacksword » 30 Nov 2011, 17:43

1. Lumut Taik Kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai (mcm kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau..ala2 benda yg pendarcahaya. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa2, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah..tak langgar pokok.

2. Ular tedung. Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still dan under balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2. - belajar dr orang asli.

3. Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia leih lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting) - belajar dr askar.

4. Harimau. kalau mancing dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dr orang asli.

5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. - belajar dr orang asli.

6. Kepala air. Kalo khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian / kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalo tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dgn kaki pancing.

7. Tanda-tanda kepala air. Kalo hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air)..sama kes kat Dam Chamang, bentong..saya dah kena. Tambah skit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr kejauhan dah dengar..

8. Nak masak air. Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, *ditapis* dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2. - belajar ngan askar.

9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dl buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dgn orang asli.

10. Makan makanan yg dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. - ni belajar ngan kaki pancing lain.

11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dr pengalaman.

12. Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa2 yg tak kena. - orang asli.

blacksword
Pendaki Gunung
Posts: 57
Joined: 25 Apr 2011, 16:53

Re: cedok sket pengalaman orang

Post by blacksword » 30 Nov 2011, 17:45

1. Cari kanopi yg masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yg masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.

2. Ketinggian dr paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yg lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang2 4 kaki dr aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok2 rendah dan renek mcm pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yg pokoknya besar2.

3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dr khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. kang seladang tumpang tidur.

4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan drpada daun dan pokok2 renek (potong je pokok2 kecik ni,kang dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok2, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang skit.

5. Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning tu.

6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah kat secara menghadap / berhadapan dan unggun api kat tengah.

7. Dlm nyalaan unggun api tu, standby dgn beberapa batang kayu panjang. Kalo boleh, sesuai dgn jumlah orang yg pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi..capai la kayu yg ada api ni sebagai senjata, parang pisau..binatang tak takut. Api? confirm depa lari..

8. Kalo ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau gak kot2 binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dgn tali tangsi disambing dgn loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi..

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: cedok sket pengalaman orang

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 01 Dec 2011, 08:29

TQ
Maklumat yang sangat berguna.
Tambah Lauk.
1. Kalau angin di laut ada 2 suhu, maksudnya di bawah paras bahu kita sejuk sedangkan di bahagian kepala panas, jaga jaga angin rubut akan melanda.
2. Kalau berlaku sebaliknya maknanya ribut baru melanda dan gelombang besar akan menimpa sekejap lagi.
3. Ketika memancing di laut atau kuala sungai langsung tak disentuh ikan atau tak nampakpun anak anak udang menjentik dipermukaan air, tu ada ikan besar dibawahnya atau sekumpulan ikan yang jumlahnya terlalu banyak ada dibawah sana. Ikan Jerung atau Paus.
4. Kalau anak udang melompat lompat di permukaan air macam nak masuk dalam bot kita tu ada ikan berkumpulan yang besar di bawah macam ikan merah atau tongkol sebab ikan jenis ini bergerak secara kumpulan.

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: cedok sket pengalaman orang

Post by irmuaaz » 01 Dec 2011, 19:49

Best giler. Thanks blacksword. Berguna sangat dan appreciate awak tulis ni untuk rujukan kita semua
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: cedok sket pengalaman orang

Post by shahrul » 05 Dec 2011, 16:34

terima kasih atas petua2 yg sgt berguna
_________________
_________________

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: cedok sket pengalaman orang

Post by orga » 08 Dec 2011, 12:02

cepat atau lambat kepala air tu sampai bergantung pd kecerunan sg dan isipadu air yg dibawa..ada kepala air yg disebabkan hujan di hulu, ada yg disbbkan takungan semulajadi pecah (balak tumbang atau objek yg menyekat aliran air) dan sebagainya..bila ada masa yg lama, mmg kita akan dpt tanda2 awal spt perubahan suhu, buih, sampah, warna, bunyi dan sebagainya dlm masa 5-10min awal..tp jika kepala air terlalu cepat dan laju spt kes takungan semulajadi pecah, yg memberi petunjuk paling awal ialah haiwan2..burung2 contohnya akan terbang dan berbunyi bising..samada ia memberi amaran pd kwn2 nya atau menunggu mangsa utk unggas2 berterbangan dr sarang krn haiwan lebe awal memberi respon pd sebarang bahaya yg dtg..ini dr pemerhatian dan pengalaman sy..
ImageImageImage

Johnn
Pendaki Gunung
Posts: 45
Joined: 20 Jul 2010, 21:28

Re: cedok sket pengalaman orang

Post by Johnn » 03 Jul 2012, 09:27

tq blacksword..info yg last skali tu sgt2 berguna..perimeter..selama ni lepas setup kemsait, mkn trus tido..

User avatar
Juwone
Pendaki Gunung
Posts: 36
Joined: 14 Feb 2011, 00:03
Contact:

Re: cedok sket pengalaman orang

Post by Juwone » 16 Jul 2012, 08:02

good info... thanks uploader~!!
Great Teacher Onizuka

http://juwone.multiply.com/

haziq
Pendaki Gunung
Posts: 43
Joined: 20 Dec 2010, 03:59

Re: cedok sket pengalaman orang

Post by haziq » 25 Aug 2012, 08:22

Terbaik ah thread ni.. Agak2nya berapa besar perimeter yg kita patut buat eh? Kalau dekat sangat kang lambat pulak kita dapat bagi respon, jauh sgt tak dgr bunyik loceng pulak, hehe.. Ni kalau ada yg nk tunjuk gambar mcm mana nak setup perimeter lagi best nih.. TQ blacksword!

User avatar
dirik
Pendaki Gunung
Posts: 42
Joined: 20 Oct 2008, 10:15
Location: KaKiKu
Contact:

Re: cedok sket pengalaman orang

Post by dirik » 26 Aug 2012, 14:29

Baru baca topik............. nice info.......... TQ........ :D :D :D

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: cedok sket pengalaman orang

Post by orga » 28 Aug 2012, 09:17

sentiasa amalkan riki dulu kawasan sekeliling kemsait bila sampai..sbb lain tempat lain cerita, lain masa lain beza
ImageImageImage

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Re: cedok sket pengalaman orang

Post by kambinggurun » 10 Oct 2012, 02:38

perimeter line tu salu buat time kem statik pengakap tu..
dulu2 aku ikat mestin sepasang untuk fungsi loceng tu..
tp haram tido tak sedar pape jgk hahaha..
::SRC-Total Outdoor::

Post Reply