cari air

survival... seni perjuangan hidup dalam hutan
Post Reply
blacksword
Pendaki Gunung
Posts: 57
Joined: 25 Apr 2011, 16:53

cari air

Post by blacksword » 01 Dec 2011, 10:16

Ilmu cari Air
Kalo kita sesat dlm hutan, pertama sekali ialah mencari sumber air. Sama mcm kami geng kaki pancing dlm hutan ni, kami mesti kena pandai mencari punca air (bak kata pepatah kaki pancing, asal ada air, mesti ada ikan..hehehe..).

Secara teorinya, setiap sungai besar, mesti ada anak2 sungai yg bersambung dgnnya, dan anak2 sungai ni akan bersambung dgn tali2 air dengannya.

Kaedah Kaki Pancing
Utk mengetahui, kat mana tempat yg ada tali air tu, kena ikut hukum ni.

Cari Aras rendah
1. Turun ke tempat yg rendah. (secara gravitinya, air mesti ditempat yg paling rendah, seperti di lembah atau kaki bukit).

Cari pokok renek
2. Bila dah ada kat kawasan yg rendah, cari tempat yg ada pokok renek (pokok2 kecil, i.e senduduk, palma, rumput sepadi, rumput anak rusa dll), tapi kalo tak tau apa jenis pun takpa, asalkan kawasan yg rendah tu ada pokok yg kecil2 dah ok.

Cari kawasan kanopi terbuka
3. Bila sampai kat kawasan yg mcm ni (kawasan yg rendah), cari kat tempat yg ada bukaan langit (takdak kanopi pokok), secara teorinya, kalo ada langit, mesti kat kawasan tu ada punca air..so, pokok tak tumbuh.

Kesan bunyi serangga
4. Selain tu, kalo mahir, duduk sekejap kat kawasan lembah tu, tarik nafas kejap2..selawat 2-3 kali. Pastu cuba dengar, kat mana kawasan yg paling kuat utk dengar bunyi serangga. Secara teorinya, serangga banyak kat pokok renek, so, pokok renek ada kat lembah, kat lembah ada air.

Kenalpasti punca air
5. Bila dah jumpa punca air, tengok jenis air tu..pahami warna air tu utk tahu situasinya,

5.1 Kalo jernih atau nampak dasar biasanya airnya mengalir,

5.2 kalo coklat atau oren, airnya adalah air hujan (boleh jadik lopak air je, maksudnya air bertakung sebab hujan), boleh jadik air tu sekejap je..menjelang sehari dua, air akan kering.

5.3 kalo air kaler hitam, hijau gelap (warna lumut) atau kelabu gelap..itu adalah kawasan paya, memberi tanda bahawa air tak mengalir.

Kesan arah air
6. Apa nak buat lepas tu. bila tengok kawasan air, tengok arus air, kemana bergerak

6.1 Kalo arus air jelas. Ikut je arus air tu membawa ke punca air lagi besar.

6.2 Kalo air tak mengalir (paya, air warna hitam atau kelabu gelap, atau hijau gelap). Kalo paya, mesti ada punca kemasukan air, tapi tak jelas. Ronda2 kawasan paya tu dulu, secara relatifnya, paya adalah selekoh2 sungai (U shape) yg terputus dibucunya disebabkan oleh bahan2 hanyut dan seterusnya membuatkan air tu tak mengalir. Rule utk ni, ambil kayu dan cari kawasan yg lebih dalam..kayu tu sebagai kayu sukat/pengukur la. Identitfy air paya tu, makin pekat warnanya..makin jauh dr punca kemasukan air. Makin jernih air, makin dekat dgn kemasukan punca air. So, cari bahagian paya yg jernih airnya.

6.3 Kalo air tu kaler oren atau kaler tanah, check betul2, samada memang anak sungai atau hanya lopak air sebab hujan je.

Jalan ikut air mengalir
7. Bila dah jumpa arah air, ikut je air tu bergerak..insyaAllah, nanti jumpa la perumahan atau kawasan yg ada ketamadunan. Orang asli pun suka buat umah tepi sungai.

Rahmatnya hujan dlm hutan bila sesat...
Kalau kat hutan, dan sesat, perkara pertama ialah buat perlindungan dulu, kena plak kalo nak malam. Then, berdoalah kalo boleh malam tu hujan. kenapa?

- Bila hujan, binatang dalam hutan, biarpun jenis nocturnal (aktif malam) biasanya tak aktif. Kita selamat.

- Bila hujan, kita ada air utk minum, dgn air kita masih punya tenaga.

- Bila dah berhenti hujan, arus air akan lebih kuat, bila arus kuat, dr jauh dah boleh dengar bunyinya..meudahkan kita nak cari sumber air.

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

Re: cari air

Post by forestgump » 05 Dec 2011, 06:00

kalau di paya, gali lubang lebih kurang 3 kaki dari tebing paya - air pastinya boleh di minum.
kalaunak hidup api dalam paya, potong dan balingkan batang2 pokok kedalam paya sehingga lebih kurang 1 kaki dari paras air paya dan tambah kayu kering - barulah boleh hidupkan api.
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: cari air

Post by orga » 08 Dec 2011, 11:44

bg pendaki gunung, trek biasanya akan melalui permatang..jadi utk cari air mengalir atas permatang agak mustahil..cuma bila permatang melalui cerun menurun dan menaik, try cari air kt lurah tu..cuba susur turun skek..tader jugak gali tanah, better start gali kt kawasan bertanah liat sbb tanah liat bole menampung air..kalo tader lurah, perhatikan pokok sekeliling..tengok pokok yg ada tekstur menakung air, mana tau ada air terperangkap situ..kalo area ada akar berselirat atau pokok2 berpalma pon ok..kerat pokok tu cari air dlm nya..dlm keadaan survival, cuba jimat tenaga skek..cari sumber yg paling senang dulu..
ImageImageImage

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: cari air

Post by shahrul » 08 Dec 2011, 14:20

+like

time kasihhh
_________________
_________________

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Re: cari air

Post by rembau » 08 Dec 2011, 15:15

sofat tanah yang kandung air adalah tanah liat berpasir...kalau semua tanah liat maka susah nak jumpa air dlm tu...pasir tu adalah layer bagi air bumi terjadi...

kalau jejalan dlm hutan, cuba perhatikan sifat tanah atas trek yg nak sampai ke sungai...kebanyakkan akan kelihatan berpasir...terutama dikawasan berbukit....

cerita pasal air...sekarang musim hujan..berhati2 kalau pi outing tu...

artificial dam adalah isitilah digunakan bila terjadi takungan semulajadi didalam hutan....kegagalan tanah berlaku bila tahap regangan tanah dah melepasi had...kesan-kesan terdahulu runtuhan boleh dikesan dengan memerhatikan kecondongan pokok, rekahan tanah , batu yang beralih....kalau ada sign gini sebaiknya dielakkan....
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: cari air

Post by shahrul » 02 Jan 2012, 00:33

air gak boleh didapati dari pokok2/tumbuhan spt batang pisang, akar, rotan, dalam batang buluh
keratla batangnye guna parang, dalamtu ada air :)
_________________
_________________

User avatar
aliph
Pendaki Gunung
Posts: 167
Joined: 16 Feb 2011, 15:28

Re: cari air

Post by aliph » 09 Jan 2012, 09:53

jangan lupam guna LIFEsTRAW (vastergard) bagi yang was2 tahap kebersihan air
bersama itu d serta kan tablet water purification
9W2 VCR
MARES
'BeTtEr To LiGhT A MuTiArA HiTaM ThAn To CuRsE A DaRkNeSs'

User avatar
Rocket Ross
Pendaki Gunung
Posts: 10
Joined: 21 Jan 2012, 12:15

Re: cari air

Post by Rocket Ross » 29 Feb 2012, 18:57

Ilmu cari Air
Kalo kita sesat dlm hutan, pertama sekali ialah mencari sumber air. Sama mcm kami geng kaki pancing dlm hutan ni, kami mesti kena pandai mencari punca air (bak kata pepatah kaki pancing, asal ada air, mesti ada ikan..hehehe..).

Secara teorinya, setiap sungai besar, mesti ada anak2 sungai yg bersambung dgnnya, dan anak2 sungai ni akan bersambung dgn tali2 air dengannya.

Kaedah Kaki Pancing
Utk mengetahui, kat mana tempat yg ada tali air tu, kena ikut hukum ni.

Cari Aras rendah
1. Turun ke tempat yg rendah. (secara gravitinya, air mesti ditempat yg paling rendah, seperti di lembah atau kaki bukit).

Cari pokok renek
2. Bila dah ada kat kawasan yg rendah, cari tempat yg ada pokok renek (pokok2 kecil, i.e senduduk, palma, rumput sepadi, rumput anak rusa dll), tapi kalo tak tau apa jenis pun takpa, asalkan kawasan yg rendah tu ada pokok yg kecil2 dah ok.

Cari kawasan kanopi terbuka
3. Bila sampai kat kawasan yg mcm ni (kawasan yg rendah), cari kat tempat yg ada bukaan langit (takdak kanopi pokok), secara teorinya, kalo ada langit, mesti kat kawasan tu ada punca air..so, pokok tak tumbuh.

Kesan bunyi serangga
4. Selain tu, kalo mahir, duduk sekejap kat kawasan lembah tu, tarik nafas kejap2..selawat 2-3 kali. Pastu cuba dengar, kat mana kawasan yg paling kuat utk dengar bunyi serangga. Secara teorinya, serangga banyak kat pokok renek, so, pokok renek ada kat lembah, kat lembah ada air.

Kenalpasti punca air
5. Bila dah jumpa punca air, tengok jenis air tu..pahami warna air tu utk tahu situasinya,

5.1 Kalo jernih atau nampak dasar biasanya airnya mengalir,

5.2 kalo coklat atau oren, airnya adalah air hujan (boleh jadik lopak air je, maksudnya air bertakung sebab hujan), boleh jadik air tu sekejap je..menjelang sehari dua, air akan kering.

5.3 kalo air kaler hitam, hijau gelap (warna lumut) atau kelabu gelap..itu adalah kawasan paya, memberi tanda bahawa air tak mengalir.

Kesan arah air
6. Apa nak buat lepas tu. bila tengok kawasan air, tengok arus air, kemana bergerak

6.1 Kalo arus air jelas. Ikut je arus air tu membawa ke punca air lagi besar.

6.2 Kalo air tak mengalir (paya, air warna hitam atau kelabu gelap, atau hijau gelap). Kalo paya, mesti ada punca kemasukan air, tapi tak jelas. Ronda2 kawasan paya tu dulu, secara relatifnya, paya adalah selekoh2 sungai (U shape) yg terputus dibucunya disebabkan oleh bahan2 hanyut dan seterusnya membuatkan air tu tak mengalir. Rule utk ni, ambil kayu dan cari kawasan yg lebih dalam..kayu tu sebagai kayu sukat/pengukur la. Identitfy air paya tu, makin pekat warnanya..makin jauh dr punca kemasukan air. Makin jernih air, makin dekat dgn kemasukan punca air. So, cari bahagian paya yg jernih airnya.

6.3 Kalo air tu kaler oren atau kaler tanah, check betul2, samada memang anak sungai atau hanya lopak air sebab hujan je.

Jalan ikut air mengalir
7. Bila dah jumpa arah air, ikut je air tu bergerak..insyaAllah, nanti jumpa la perumahan atau kawasan yg ada ketamadunan. Orang asli pun suka buat umah tepi sungai.

Rahmatnya hujan dlm hutan bila sesat...
Kalau kat hutan, dan sesat, perkara pertama ialah buat perlindungan dulu, kena plak kalo nak malam. Then, berdoalah kalo boleh malam tu hujan. kenapa?

- Bila hujan, binatang dalam hutan, biarpun jenis nocturnal (aktif malam) biasanya tak aktif. Kita selamat.

- Bila hujan, kita ada air utk minum, dgn air kita masih punya tenaga.

- Bila dah berhenti hujan, arus air akan lebih kuat, bila arus kuat, dr jauh dah boleh dengar bunyinya..meudahkan kita nak cari sumber air.
terbaik bro...teruskan usaha anda menyampaikan ilmu sebegini..seriously a good info.. :minum: :minum: :minum:

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: cari air

Post by shahrul » 04 Apr 2012, 18:26

air gak boleh didapati dari pokok2/tumbuhan spt batang pisang, akar, rotan, dalam batang buluh
keratla batangnye guna parang, dalamtu ada air :)
tambah sikit...

bebaru ni balik dari trip Y.Belar, rasa gak minum air dari dalam buluh
buluhnye pulak kecik aje (kecik lagi dari jari kelingking).. tak tau nama buluh apa orang panggil
boleh dijumpai kat tepi jalan denai atau sepanjang trek aje

bila dipotong air memancut-mancut laju keluar, perlu cekap untuk melendurkan ruas-ruas buluh tersebut untuk menampung air dari tertumpah keluar..

rasa air sedikit pahit :)
_________________
_________________

Post Reply