tambah sket

survival... seni perjuangan hidup dalam hutan
Post Reply
blacksword
Pendaki Gunung
Posts: 57
Joined: 25 Apr 2011, 16:53

tambah sket

Post by blacksword » 06 Jan 2012, 18:07

Keselamatan dalam hutan
Wahhh..dah boleh jadik buku ni, jenuh nak buat karangan..hehehe..tapi, apa2 pun, ni based on my experience dlm mencari ikan2 eksotik dlm hutan belantara ni...cuma mungkin kaedah survival kita agak berbeza..tapi, apa salahnya kita sharekan? hehehe..

Tutup Anggota Badan bila bergerak
Rule dlm hutan, bila kami bergerak, kami suka utk pastikan hampir semua bahagian badan ditutup, i.e pakai lengan panjang, sluar panjang dll. Pernah sekali tu, kami pakai baju hujan yg dikerat sampai paras pinggan bila kami redah rumput tinggi, so dgn baju hujan tu memudahkan (melicigkan pergerakan kami) dr tersangkut kat ranting, lipan yg jatuh dr atas pun melurut ke bawah (tak lekat kat baju), sama la jugak dgn labah2 dll..), so, kalo sesat dlm hutan, tutup je anggota badan kita kalo boleh.

Utk elak letih dan dahaga
Balut kain yg lembab dibahagian leher..so, badan tak cepat panas.

Senjata utk keselamatan dan kekuatan emosi
Cari kayu, beberapa ketul batu besar2 bola pingpong tu, simpan kat poket. Kayu sebagai senjata dan kalo ada bahaya, baling je batu2 tu kat binatang yg mungkin mengancam kita.

Binatang apa yg selalu kita jumpa kat hutan semenanjung

1. Ular, secara mudahnya, ular tu takkan kaco kita kalo kita tak kaco dia. Kecuali kita terpijak, terpegang dll..so, itu yg kita kena elakkan.

1.1 yg paling glamour ialah ular kapak, kalo lantai hutan. Elakkan lalu dikawasan rimbunan daun kering yg tebal. The best way, divert atau kais2 dgn kayu yg kita bawak.

1.2 Kalo ular sawa, banyak kat paya2..tapi, ular sawa tak kaco sangat. Petua orang asli, kalo ular sawa dah melingkar kat badan kita, letak je parang atau kayu keras kat pinggan (dlm kawasan lilitan ular tu), nanti bila ular sawa tu rasa objek keras, dia akan lepaskan balik. Yg pasti..saya takmo merasai pengalaman mcm tu..kang fobia..

1.3 Ular tedung. Pun banyak, terutamanya kat area pokok buluh..atau kat kawasan yg agak kering dan tak berair.

1.4 Ular khatam tebu. Warna hitam belang2 kuning, banyak kat paya. Memang berbisa dan garang. Jangan sesekali cari pasal dgn ular ni, sebab dia akan meluru menyerang penyerangnya. Pengalaman, saya tengok bapak saya pukul ular ni kat pokok kantan yg orang isi dlm laksa tu, pasangan dia mati, sementara pasangan yg sekor lagi turun ketanah, cross paya dan tali air mengalir utk menyerang..last2 putus kepala dgn sabit kelapa sawit.

2. Beruang. Kat malaysia, beruang yg ada ialah beruang madu. Warna hitam, dada kaler oren. Beruang ni banyak kat kawasan paya. Bila masuk hutan, banyakkan buat bising utk bagitau kehadiran kita. Nanti awal2 lagi dia blah dulu..kalo terserempak. ketuk kayu tu kat atas tanah atau pokok renek kat tepi2 kita, utk tunjukkan kita lebih 'kuat' dr dia..yg ni, kawan saya pernah buat kat paya area rompin..

3. *ditapis* hutan. kalo sekeluarga, *ditapis* hutan biasa, kalo yg sekor2 je je jumpa, tu *ditapis* tunggal..*ditapis* hutan dewasa tak bergerak rerami..single mingle je dia tu. Kalo terserempak, biasanya dia akan mengacah dulu, jangan lari. Halakan kayu tepat kat badan dia (sama mcm kes beruang), dan undur pelan2. Kalo dia terkam..tegakkan kayu tu ke badan *ditapis* atau beruang tu..kuatkan kekuda dan nanti dia akan terkam betul2 kat muncung tajam kayu tu.

Apa nak makan kalo dalam hutan ni?

1. Pertama sekali, elakkan makan banyak sangat. Minum air kat tengah sungai sahaja.

2. Kenalpasti buah2 hutan mcm salak, pisang hutan (takdak pisang yg beracun di malaysia, cuma sedap tak sedap je..).

3. Makan je buah senduduk (yg kaler unggu atau putih), tapi jgn banyak.

4. Kat bawah batu di jeram atau air berarus tu, alihkan..tentu ada udang2 kecik, buang sepit dan kepala, telan je. Takdak udang yg beracun kat malaysia ni.

5. Tengok la jugak, kot2 ada buah2 yg dimakan oleh binatang lain, kalo kera makan, burung makan, kita pun boleh makan..hehehe..

blacksword
Pendaki Gunung
Posts: 57
Joined: 25 Apr 2011, 16:53

Re: tambah sket

Post by blacksword » 06 Jan 2012, 18:12

Kita tambah skit, maklumat umum tentang suasana dlm hutan..hehee...ni saya merujuk kepada keadaan dihutan belantara yg cukup padat..mengambil kepada pengalaman saya la ni..kalo salah boleh dibetulkan.

1. Gelap seawal jam 5 petang.
Kat hutan banat, selepas masuk waktu asar, hutan dah mula gelap sebab kecondongan matahari, seterusnya sukarnya cahaya matahari nak tembusi kanopi pokok
- So, buatlah apa2 kerja cepat2, terutamanya nak mandi dll.

2. Waktu malam bunyi lebih jelas.
Bila diwaktu malam, sesuatu bunyi tu dapat didengar dr jarak jauh lagi sebab partikel udara yg merapat (sejuk)..so, kalo waktu malam terdengar bunyi yg sama seperti diwaktu siang, punca bunyi tu lebih jauh dr punca bunyi diwaktu siang
- So, bunyi guruh dlm hutan, mungkin jauh lagi berbanding diwaktu siang.

3. Pokok besar dan tinggi vs pokok rendah
Kalo pokok besar dan tinggi melangit, biasanya lantai hutan lebih bersih dr pokok2 tumbuhan renek, berbanding pokok rendah yg lantai tanahnya lebih banyak pokok. Sebab, pokok besar dah block cahaya matahari utk pokok kat lantai hutan, berbanding pokok kecil yg masih memberi ruang cahaya matahari kat lantai hutan.
- So, kalo nak bermalam dihutan time sesat, cari la kawasan yg pokok2 besar.

4. Ancaman kilat dan petir
kalo dalam hutan, hujan terlalu lebat dan petir menyambar kaw-kaw, keluar dr khemah (yg berada dikawasan terdedah) dan duduk dikaki akar pokok yg besar, atau bawak je khemah tu kekawasan perdu pokok2 yg besar. Sebab, kanopi2 pokok yg besar dan tinggi tu akan jadik penghadang kepada sambaran petir tu.
- So, kalo ribut kuat..pepandai la cari perlindungan.

5. Kanopi pokok besar macam payung
Kalo hujan terlalu lebat, time tu plak sesat, segera berlindung di kaki/perdu pokok yg besar, kanopi pokok akan buat air hujan terhalang dan kurang membasahi kita (kang hipotermia), air hujang akan mengalir melalui batang kayu utk kita minum air.
- So, (ishh..asyik so je..), pepandai la manfaatkan pokok2 besar ni buat perlindungan.

6. Sarang beruang
Tapi ingat, kalo pergi ke perdu pokok, ada himpunan daun kat situ, siap ranting dll, jangan kacau kawasan tu, tu sarang beruang.
- So, kena tau, beruang yg jaga anak amat garang, kang naya ja..

7. Pusat perlindungan yg paling mudah
Kalo dah tau hari nak gelap, dan nak hujan ka apa, cari perdu kayu yg besar, bersihkan kawasan dalam celah akar tu (perdu pokok besar adan ruang utk sembunyi dan berlindung). Patahkan ranting2 dan himpunkan depan ruang masuk, isi sebanyak mungkin sampai tak nampak keadaan didalam. hujan yg turun takkan membasahi kita sebab kanopi pokok dh jadi payung, ranting yg menutup laluan masuk akan jadi pintu keselamatan kita. yg penting, amik la batu yg terdaya utk angkat / golek utk kita duduk..kang basah plak tanah tu sebab air turun dr pokok..
- So, saya dah pernah buat, harap kengkawan tak perlu la sampai tahap terpaksa buat..hehehe..

User avatar
burningredberry
Pendaki Gunung
Posts: 44
Joined: 04 May 2011, 09:43
Location: Balakong
Contact:

Re: tambah sket

Post by burningredberry » 05 Feb 2013, 08:22

Like :D
Nature.is.the.art.of.God | "Aim for the moon, at least you'll fall among stars"
Image Image

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

Re: tambah sket

Post by forestgump » 05 Feb 2013, 21:04

Salam.Pakai baju terang..jangan pakai baju hijau, hitam atau gelap. Kenan KELIHATAN oleh semua....

Kalau ribut kuat, JANGAN duduk bawah pokok perdu ..cari kawasan terang iaitu tapak pokok yang dah tumbang...dapat lihat ke aarah mana angin bertip bersandarkan poko dan dahan bergoyang. Duduk bawah pokok nanti ranting dan dahan jatuh.
Kawasan terang pokok dah tumbang juga ada banyak kayu mati boleh buat kayu api.
JARANG ada kilat menyambar di kawasan hutan KECUALI kalau ada penariknya - besi, tembaga ddsbnya. Tinggalkan parang aata apa2 besi/logam di baddan bila kilat ada.

Tempat paling selamat dari ancaman hidup liar saiz beruang ke gajah adakah kawasan curam. Tarik akar dan buat lilitan sekeliling. Beraung TIDAK suka ranting kayu. Kalau adda parang, buat lembing seberapa banyak dan tanam ddan arahkan ke kuar tempat tidur. Cari eprdu pokok di kawasan curam untuk tidur. Kita boleh mendengar apa saja bergerak kerana memang susah nak control bunyi bila bergerak di kawasan curam. Beruang punya penglihatan memang teruk....tapi deria bau memang kuat - minyak masak kegemaranya!

Penyengat...kalau kena..LARI kearah kawasan yg banyak daun...penyengat dan lebah tidak akan kejar...

Bab ular, kala jengking, lipan dsbnya yang suka merangkak....simple je....musim panas kering..depa cari tempat lembab. Seluar kita yng basah oeluh tu memang favouritenya.

Musim hujan, depa suka cari tempat kering....INGATlah....

Ular ..pagi2 memang slow enjin dia....aktif selepas 9-10 pagi terutamanya bila dah kena cahaya matahari...

ANGGAPkanlah semua ular berbisa walaupun sebahagian kecil ular je yang bisa ddan boleh membunuh.

PREVENTION is the key....
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

Post Reply