Misi kemanusian ke Pos Balar dan Pos Belatim.

Aktiviti selain dari mendaki gunung dan topik am

Moderator: matsaiko

User avatar
hairel
Pendaki Gunung
Posts: 38
Joined: 18 May 2006, 17:41
Location: Papa Juliet

Misi kemanusian ke Pos Balar dan Pos Belatim.

Postby hairel » 14 May 2012, 13:27

Kepada rakan2 GO yg budiman - Dimaklumkan bahawa Kelab Sukan dan Kebudayaan (KSDK) MBPJ dan di bantu oleh beberapa rakan-rakan dari Kelab 4X4 dari sekitar Lembah Kelang akan ke perkampungan orang Asli di Pos Balar dan Pos Belatim, Gua Musang, Kelantan pada 31 Mei hingga 3 Jun 2011 ini untuk 1 misi kemanusian.

Tujuan misi ini adalah untuk memberi bantuan dan mengagihkan bahan-bahan makanan kering kepada lebih kurang 200 keluarga di kedua-dua pos tersebut. Ini adalah kerana, selain dari masalah kemiskinan, kesukaran laluan perhubungan dan masalah cuaca yang tidak menentu ketika ini memburukkan lagi keadaan disana.

Oleh yang demikian, kepada pihak yang berminat untuk menderma baik dari segi barangan atau wang ringgit bolehlah berbuat demikian dengan seberapa segera (sebelum 22 Mei 2012). Antara bahan-bahan makanan serta keperluan untuk diberikan kepada setiap keluarga adalah seperti berikut:

a. Gula pasir 2 kg
b. Tepung Gandum 1 kg
c. Minyak Masak 1 kg
d. Susu Pekat 4 tin
e. Teh 1 Pkt

Untuk makluman semua, barang-barang makanan tersebut dianggarkan berharga lebih kurang RM18.00 sekeluarga. Pihak KSDK juga memerlukan beberapa 4WD untuk membawa barang-barang makanan ke Pos-pos tersebut. Selain itu pertolongan dari rakan-rakan yang berminat untuk menyertainya serta sokongan ke atas program ini sambil beramal amat dialu-alukan. Sila hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan di talian 012 2614765.

Segala jasa baik dan perhatian serta sumbangan dari semua amat dihargai, hanya Allah jua yang membalasnya.

Sekian, terima kasih.
Aloo.. Aloo..
9w2pjj

W0rldsex
Pendaki Gunung
Posts: 15
Joined: 24 Mar 2017, 16:19

Re: Misi kemanusian ke Pos Balar dan Pos Belatim.

Postby W0rldsex » 24 Apr 2017, 15:01

хотят играть казино должны веб-казино royal1688 เล่นผ่านเว็บ


Return to “Khemah”

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 4 guests

cron