Ekspedisi Berkayak Laluan Lagenda Tasik Bera - Tasik Cini

Aktiviti selain dari mendaki gunung dan topik am

Moderator: matsaiko

hantuair
Pendaki Gunung
Posts: 10
Joined: 14 Nov 2011, 21:46

Ekspedisi Berkayak Laluan Lagenda Tasik Bera - Tasik Cini

Postby hantuair » 24 Feb 2012, 12:02

Assalamualaikum dan Salam satu Malaysia,

Silver Outdoor Sports (SOS) akan menganjurkan " Ekspedisi Berkayak Laluan Lagenda, Tasik Bera - Tasik Cini " pada 28 - 1 May 2012. Ekspedisi yang memakan masa 4 hari dan sejauh 120km ini akan bermula di Tasik Bera, melalui Sg. Bera, Sg. Pahang, Sg. Cini dan seterusnya berakhir di Tasik Cini. Penyertaan terbuka kepada semua. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-4432231 (Amri) atau boleh terus PM saya. :D

Butiran Program
Nama : Ekspedisi Berkayak Laluan Lagenda, Tasik Bera - Tasik Cini
Tarikh : 28 April - 1 Mei 2012 (4D3N)
Yuran : RM350 (sewa kayak, sewa bot escort, makan, lojistik, jurupandu)

Tentatif program:
27 April 2012 / Jumaat
2200 - Semua peserta dijangka tiba di Tasik Bera

28 April 2012 / Sabtu
0900 - Mula berkayuh dari Tasik Bera
1700 - Dijangka tiba di Kemsite1 (Loji Air Tebing Tinggi)

29 April 2012 / Ahad
0900 - Mula berkayuh dari loji Air Tebing Tinggi
1700 - Dijangka tiba di Kemsite2 (Kg Kuala Bera)

30 April 2012 / Isnin
0900 - Mula berkayuh dari Kg. Kuala Bera
1700 - Dijangka tiba di Kemsite3 (Kg Pejing)

1 Mei 2012 / Selasa
0900 - Mula berkayuh dari Kg Pejing
1700 - Dijangka tiba di Tasik Cini

User avatar
Fiftyhertz
Pendaki Gunung
Posts: 91
Joined: 24 Apr 2011, 09:45
Location: Ampang

Re: Ekspedisi Berkayak Laluan Lagenda Tasik Bera - Tasik Cin

Postby Fiftyhertz » 01 Mar 2012, 18:09

bestnya. my dream.
heal the world. make it better place.

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: Ekspedisi Berkayak Laluan Lagenda Tasik Bera - Tasik Cin

Postby Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 02 Mar 2012, 11:07

Engkau berkayak la pakai spender jer
hu hu hu :tembak:

nrhyt75
Pendaki Gunung
Posts: 56
Joined: 26 Mar 2006, 15:32
Location: putrajaya
Contact:

Re: Ekspedisi Berkayak Laluan Lagenda Tasik Bera - Tasik Cin

Postby nrhyt75 » 02 Mar 2012, 11:25

Banyaknya xtvt2 menarik sempena cuti Hari Pekerja 1 Mei nie. Nak juin yg mana satu ya? ;P
Last edited by nrhyt75 on 02 Mar 2012, 11:42, edited 1 time in total.
"I can't" are sad words in any language

User avatar
Fiftyhertz
Pendaki Gunung
Posts: 91
Joined: 24 Apr 2011, 09:45
Location: Ampang

Re: Ekspedisi Berkayak Laluan Lagenda Tasik Bera - Tasik Cin

Postby Fiftyhertz » 02 Mar 2012, 11:34

Engkau berkayak la pakai spender jer
hu hu hu :tembak:
baru la kena dengan nama ONLY THE BRAVE hahahaha
heal the world. make it better place.

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Ekspedisi Berkayak Laluan Lagenda Tasik Bera - Tasik Cin

Postby shahrul » 02 Mar 2012, 14:25

bla la OTB dah eksen skrg ni
_________________
_________________

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: Ekspedisi Berkayak Laluan Lagenda Tasik Bera - Tasik Cin

Postby irmuaaz » 02 Mar 2012, 23:06

Saya nak ikut tapi nak bawak kayak sendiri. Ok ke?
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Ekspedisi Berkayak Laluan Lagenda Tasik Bera - Tasik Cin

Postby shahrul » 02 Mar 2012, 23:29

Saya nak ikut tapi nak bawak kayak sendiri. Ok ke?
menarik gak layan kayak time cuti :minum:
_________________
_________________

hantuair
Pendaki Gunung
Posts: 10
Joined: 14 Nov 2011, 21:46

Re: Ekspedisi Berkayak Laluan Lagenda Tasik Bera - Tasik Cin

Postby hantuair » 03 Mar 2012, 06:12

Saya nak ikut tapi nak bawak kayak sendiri. Ok ke?
tang tu tertakluk pada jumlah peserta. klu da exceed minimum pax insyaallah takde masalah kot.. tak janji yer bro.
bestnya. my dream.
apa lg..maila joing!
Banyaknya xtvt2 menarik sempena cuti Hari Pekerja 1 Mei nie. Nak juin yg mana satu ya? ;P
maila joing xpdc kayak ni bro.skali skala berkayak.. rare ni tasik bera-tasik cini. last skali dengar grup masuk tahun 2008
menarik gak layan kayak time cuti :minum:
takkan menarik ja kot..maila joing! :D

hantuair
Pendaki Gunung
Posts: 10
Joined: 14 Nov 2011, 21:46

Re: Ekspedisi Berkayak Laluan Lagenda Tasik Bera - Tasik Cin

Postby hantuair » 03 Mar 2012, 06:18

jomjom berkayak!...tadak pengalaman berkayak pun buleh joing. tak reti berenang pung buleh joing. klu de request kt bole wat klinik kayak sket kat pullman putrajaya. klu kaki ngail bole datg awal kat t.bera atau stay seharidua kat t.cini layan mancing :D

User avatar
Fiftyhertz
Pendaki Gunung
Posts: 91
Joined: 24 Apr 2011, 09:45
Location: Ampang

Re: Ekspedisi Berkayak Laluan Lagenda Tasik Bera - Tasik Cin

Postby Fiftyhertz » 05 Mar 2012, 17:21

Saya nak ikut tapi nak bawak kayak sendiri. Ok ke?
tang tu tertakluk pada jumlah peserta. klu da exceed minimum pax insyaallah takde masalah kot.. tak janji yer bro.
bestnya. my dream.
apa lg..maila joing!
Banyaknya xtvt2 menarik sempena cuti Hari Pekerja 1 Mei nie. Nak juin yg mana satu ya? ;P
maila joing xpdc kayak ni bro.skali skala berkayak.. rare ni tasik bera-tasik cini. last skali dengar grup masuk tahun 2008
menarik gak layan kayak time cuti :minum:
takkan menarik ja kot..maila joing! :D
haha tengok dahulu sebab awal lagi. takut ada program priority 1.
bla la OTB dah eksen skrg ni
wak hang pedobear :tembak:
heal the world. make it better place.

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Re: Ekspedisi Berkayak Laluan Lagenda Tasik Bera - Tasik Cin

Postby kambinggurun » 09 Mar 2012, 22:12

uih Panjang ko lagi laju dari aku... aku baru nak tolong ko letak sini.. heheh..
::SRC-Total Outdoor::

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: Ekspedisi Berkayak Laluan Lagenda Tasik Bera - Tasik Cin

Postby irmuaaz » 06 Apr 2012, 01:03

Shahrul kau pakai kayak aku la kita pergi jom.
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Ekspedisi Berkayak Laluan Lagenda Tasik Bera - Tasik Cin

Postby shahrul » 06 Apr 2012, 03:11

Shahrul kau pakai kayak aku la kita pergi jom.
awal bulan 5 tu den kena kursus bro :(

apa cer balik kenyir soloing bebaru nih
_________________
_________________

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: Ekspedisi Berkayak Laluan Lagenda Tasik Bera - Tasik Cin

Postby irmuaaz » 15 Apr 2012, 21:47

Best babe dapat belida 8 kilo. Kali ni mancing puas hati. Casting dapat, bait fishing dapat, bottom dapat, floating pun dapat. Lengkap la segalanya

Trip log cam biasa di bawah
http://www.spotadventures.com/trip/view?trip_id=298688
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my


Return to “Khemah”

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 6 guests

cron