Sedim Vista Outdoor Jamboree 2013

Aktiviti selain dari mendaki gunung dan topik am

Moderator: matsaiko

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Sedim Vista Outdoor Jamboree 2013

Postby shahrul » 01 Jun 2013, 18:39

Sedim Vista Outdoor Jamboree 2013

Event for Sedim Outdoor Jamboree 2013 · By Tok Penghulu and 4 others

█ June 28 at 10:00am until June 30 at 12:00pm.

PENGENALAN

Aktiviti sukan lasak dan rekreasi luar yang melibatkan unsur-unsur alam semulajadi seperti gunung, hutan, sungai dan laut kini sudah semakin digemari oleh pelbagai golongan masyarakat. Penglibatan masyarakat dan orang perseorangan dalam sukan dan kegiatan luar ini secara tidak langsung dapat membentuk sifat dan sikap keperibadian yang baik disamping memupuk kesedaran untuk menjaga khazanah alam semulajadi negara supaya lebih terjamin pada masa hadapan.

Melihat secara positif hasil penglibatan semua dalam menikmati khazanah alam semulajadi melalui aktiviti luar yang melibatkan unsur-unsur yang disebutkan, maka kami (Sedim Vista dan Art My Consultant) ingin mengambil kesempatan ini untuk menambahbaik serta berkongsi idea untuk memberi kesedaran kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam mengendalikan program-program yang melibatkan sumber-sumber perhutanan, pergunungan, sungai dan laut agar lebih menyayangi khazanah alam semulajadi dan menjalankan setiap aktiviti serta program mengikut peraturan dan ketetapan yang telah disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.

MATLAMAT AKHIR PROGRAM.

Program serta aktiviti yang kami rancang ini juga diyakini dapat memberi impak kebaikkan serta pendedahan yang mendalam kepada golongan/kumpulan sasaran dimana mereka dapat berkongsi idea, ilmu pengetahuan, pengalaman, tahap kesedaran, kerjasama serta mengiratkan silaturrahim antara peserta semasa menyertai setiap program yang melibatkan alam sekitar dan unsur-unsur yang berkaitan dengannya. Oleh yang demikian, kami berkeyakinan program bersama aktiviti ini akan menghasilkan kejayaan yang baik untuk semua golongan.

OBJEKTIF PROGRAM.

Objektif program ini :-
1. Pendedahan mendalam mengenai kebaikkan melibatkan diri dalam aktiviti luar dan kegiatan lasak.
2. Membentuk sikap dan sifat keperihatinan untuk menjaga khazanah alam sekitar serta unsur-unsur alam semulajadi.
3. Mengetahui proses dan prosedur yang perlu diamalkan semasa dan selepas meneroka dan menghayati alam semulajadi.
4. Berkongsi idea dan pengalaman diantara peserta untuk memajukan diri dan juga industri sukan lasak serta kegiatan luar.
5. Peluang mengetahui lokasi yang menarik sesuatu kawasan seperti Sungai Sedim sebagai produk pelancongan dalam negara yang mempunyai semua kemudahan asas dan sumber khazanah alam semulajadi.

TARIKH DAN JANGKAMASA PROGRAM PERLAKSANAAN.

Tarikh perlaksanaan yang dirancang adalah pada 28hb. Jun 2013 sehingga 30hb. Jun 2013 selama 3 hari 2 malam. Peserta mula mendaftar pada jam 10 pagi 28hb. diikuti dengan aktiviti yang telah dijadualkan dan dijangka berakhir pada 30hb. jam 12 tengahari.

KUMPULAN SASARAN DAN PESERTA.

1. Kumpulan-kumpulan belia , kelab dan persatuan rekreasi, orang perseorangan, pelajar institusi pengajian awam serta swasta serta golongan professional.
2. Badan-badan kerajaan serta pihak berkuasa tempatan. (untuk memberi maklumat dan pendedahan kepada semua peserta)
3. Syarikat-syarikat yang mengendalikan program kegiatan luar dan juga yang memasarkan peralatan kegiatan serta aktivit lasak.
4. Masyarakat setempat. (untuk mengetahui kebaikan mengalakkan produk pelancongan yang terdapat dikawasan mereka)

Nota : * Pihak penganjur menyasarkan seramai 500 peserta untuk menghadiri program ini secara sepenuh masa.

PIHAK PENGANJUR PROGRAM.

1. Sedim Vista - Lot 469 (Plot 1) Mukim Sedim 09700 Karangan, Kulim, Kedah.
2. Art My Consultant – 38 Solok Bukit Jambul, 11900 Bayan Baru, Pulau Pinang.

LOKASI PROGRAM.

Sedim Vista, Lot 469 (Plot 1) Mukim Sedim 09700 Karangan, Kulim, Kedah.

---
from https://www.facebook.com/events/492545430812154/
(sahabat2 yg berminat dgn trip ni..sila kontek pihak organizer sendiri
saya hanya salin semula dari Public Event di fesbuk yg open to all

terima kasih...)
_________________
_________________

W0rldsex
Pendaki Gunung
Posts: 15
Joined: 24 Mar 2017, 16:19

Re: Sedim Vista Outdoor Jamboree 2013

Postby W0rldsex » 22 Apr 2017, 15:01

chce grać w kasynie moszcz kasyn internetowych สมัครจีคลับ


Return to “Khemah”

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 4 guests

cron