Jalan raya dari Lasah ke Pos Kemar

Aktiviti selain dari mendaki gunung dan topik am

Moderator: matsaiko

Post Reply
betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Jalan raya dari Lasah ke Pos Kemar

Post by betterman »

Samy diminta tunai janji

Oleh ANGELINA SINYANG

SUNGAI SIPUT 1 Okt. – Ahli Parlimen Sungai Siput, Datuk Seri S. Samy Vellu diminta menunaikan janjinya dalam pilihan raya umum lalu untuk menyediakan kemudahan asas kepada kira-kira 3,000 pengundi masyarakat Orang Asli di kawasan Parlimennya.

Samy Vellu yang juga merupakan Menteri Kerja Raya dikatakan pernah berjanji memberikan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air paip, jalan bertar, pengangkutan dan klinik desa kepada puluhan perkampungan Orang Asli di kawasan Parlimen Sungai Siput.

Wakil masyarakat Orang Asli Sungai Siput, Aluk Pandak, 41, berkata, seluruh masyarakat Orang Asli di Sungai Siput sudah berbincang dan mencapai persetujuan mahu supaya Samy Vellu menunaikan janji itu.

''Datuk Samy Vellu kata kalau (beliau) menang pilihan raya (2004), beliau janji bagi api (elektrik) dan jalan tar.

''Kita mahu (beliau) tunai janjinya itu,'' katanya ketika berucap pada Majlis Lawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin Ke Pos Poi, Lasah di sini hari ini.

Secara sinis, Aluk meminta Abdul Aziz menyampaikan salam kepada Samy Vellu dan meminta beliau segera menunaikan janjinya sebelum ini.

Menurut Aluk, masyarakat Orang Asli di situ masih setia menyokong BN terutama UMNO kerana sejak 60 tahun lalu memang kesetiaan mereka kepada kerajaan yang memerintah tidak pernah berbelah-bahagi.

''Kami bukan tidak menyokong BN tetapi mahu Samy Vellu mengotakan janjinya. Kita sebenarnya amat kecewa kerana sampai hari ini beliau hanya bercakap kosong.

''Dulu, beliau janji mahu membuat jalan tar sejauh 42 kilometer menghubungkan perkampungan Orang Asli dari Lasah menuju ke Pos Kemar di Pangkalan Hulu, Gerik, menyediakan lori kononnya boleh digunakan untuk menghantar penduduk sakit ke hospital dan banyak lagi kemudahan asas yang lain," ujarnya.
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman »

Apa pendapat korang kalau ada jalan raya nie?
Ah Hee tak leh cari makan?
Adakah lebih elok ataupun bakal mengundang lebih banyak pencemaran sebab dah easy xs?
Lebih jimat sebab tak payah guna hilux?
Buleh parking kereta kat Kg lerlar :)
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

User avatar
nabil
Pendaki Terlampau
Posts: 523
Joined: 19 Jun 2006, 14:48
Location: Dlm Bilik
Contact:

Post by nabil »

yg nampak jimat..
yg pencemaran tu... :oops:
"Sikit lagi.. Sikit je Lagi..."

pekatu
Pendaki Tegar
Posts: 293
Joined: 05 Dec 2005, 11:19
Location: last waterpoint

Post by pekatu »

Pencemaran ? ...x kot coz kalo ikutkan karbon dari hilux tu pun dah kira pencemaran...bole pewai wooo sapa dok blakang telan asap :lol: ... + pada musim panas jalan berdebu teruk....

Jalan ni patut lama dulu dah buat.... ni la proses pembangunan... 4 sure ada pro & con dia....lagipun jalan balak dah memang ada cuma nak besarkan & turap je.... dah ada jalan... ada la letrik bla bla bla ...

Jalan cantik..akses cepat kos pun boleh turun lagi...xd la kena sampai 800 .... maybe la 5 6 tawun lagi sapa2 nak g CUS kos dlm 100-120 jer :)

User avatar
QtrMaster
Pendaki Tegar
Posts: 231
Joined: 12 Sep 2006, 04:10
Location: Malaya
Contact:

Post by QtrMaster »

mebbe pencemaran tu bukan dari asap powil atau kete. pencemaran secara tak langsung.. bila sume org dah dapat access, ramai yg pegi picnic, short trip, camping dan sebagainya yg membawa bersama sampah sarap yg tak reti nak kutip, serta minda kapitalis yg boleh korupkan org asli sekitar tu...

it's a risk lah... dan aku agree ngan pekatu, pembangunan tu perlu.. but it might come at a price le kot.

User avatar
nadir
Ahli Kehormat GO
Posts: 1586
Joined: 05 Dec 2005, 16:30
Location: Penang Darul Mamak
Contact:

Post by nadir »

hehehe... rasanya aku, takkan jadi jalan tar dari lasah ke Pos kemar.... gila apa belanjan berjuta juta ringgit buat jalan pergi kampung orang asli.... semuanya pancing undi jer..... kalau jadi pun, tak rock la....... takdela meriah pergi pos kemar dah.... memang kalau dipikirkan sekarang, susah, tpai bila ada jalan nanti, mesti terkeluar kata kata " ko ingat tak dulu kita pergi chamah naik hilux ah hee........... tanah runtuh , kena korek pakai cangkul bai................. " semuanya jadik kenang kenagan jer...

betul kata qtrmaster, bila ada pembangunan, ada jugak pencemaran..... orang awam masuk, pergi memancinglah, picniclah...... kampung dikomersilkan, orang asli makin ditindas oleh orang tengah, adat dan budaya orang asli makin dicemar........ tak boleh nak tolak...... kang adalah projek perumahan, ah hee kehilangan sumber pendapatan lumayan, trek ke gunung chamah dan ulu sepat makin tinggi kesan impact dan pencemaran ( sebab dah senang masuk = lagi ramai masuk - entah - entah2 masuk pakai bas jer)..... macam macam adaaaaaa..... kalau buat jalan.
Ahmad Nadir Askandar
http://www.outdoordynamics.com.my - Buy outdoor gear online - free delivery !
Join us at FaceBook! - http://www.facebook.com/group.php?gid=340358030429

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman »

kalau ikut pendapat buta-buta aku nie memang aku tak setuju langsung kalau buat jalan raya lasah ke pos kemar...

sebab kita bercakap dari segi seorang pendaki gunung, dari segi nak menjaga alam sekitar

tapi kita kena tengok jugak apa yang asli tuh nak....
mungkin kalau ada kampung pedalaman cthnya di kelantan yang tak membangun, mungkin orang akan cakap apa daa wakil rakyat tak buat keja...
mungkin kita akan salahkan kerajaan tapi bila masuk bab orang asli je, nak kekalkan kawasan tuh elok-elok....
tak leh ada pembangunan sebab nanti budaya asli tuh hilang....

mungkin...

padahal mungkin asli tuh sendiri yang memang dah desperate housewives nakkan pembangunan?
kita tak tau kan....

diorang nak jugak ada elektrik, bekalan air bersih...
senang nak gi spital, klinik

tapi mcm yang mesej-mesej kat atas nie lah kan, ada harganya untuk sesebuah pembangunan yang berlaku....

kesimpulan : aku tetap tak setuju :)
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

pekatu
Pendaki Tegar
Posts: 293
Joined: 05 Dec 2005, 11:19
Location: last waterpoint

Post by pekatu »

maybe la org2 asli dah ilang sabo lepas kes banjir bebaru ni.....
jambatan pun hanyut response lambat....

Rasanya selama ni kita as warga rekreasi x rasa keperitan 42km Kuala Mu - lasah tu... siap have fun lagi atas hilux.. kita terima route/journey ni as satu adventure...
Tapi org2 ni... nak kuar sekali sekala je....ni la keperluan depa.... pandangan aku la... lagipun kalau jalan elok . senang xs... majulah sesuatu komuniti tu...maybe dari segi pendidikan...cikgu2 senang kuar masuk xd la kena tolak moto 1hari kalo tayar pancit :)

Tapi macam biasa la...cam kata betty...opinion dari warga rekreasi memang la nak jaga alam sekitar... tapi sapa la nak dengar lagipun buat jalan ni dah sinonim la dgn minister tu...

Banyak kerabat dia ble dapat tender/projek :)

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Post by matsaiko »

aku baru nak beli hilux nak bisnes kat sana...tak jadilah camnie :!:
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

User avatar
nowa
Pendaki Gunung
Posts: 79
Joined: 25 Aug 2006, 17:12
Location: mazar-e-sharif,Afghanistan

Post by nowa »

ape plak tak bule nye abah..
kasi angkut anak dara sane kasi kuar lah..
heheh :?

User avatar
pakkolan
Pendaki Gunung
Posts: 30
Joined: 15 Sep 2006, 11:37
Location: underground

Post by pakkolan »

Cadangan nak buat jalan raya tu tentu ada pro-kontra nyer..Dari sudut orang asli mereka sangat memerlukan jalan tar nih..jalan raya ni adalah kemudahan untuk mereka dan juga sebagai penghubung dengan dunia luar.

Bagi pencinta alam lak tentu tak setuju coz pasti akan ada pencemaran dan orang luar senang kuar masuk kat pos kemar tuh tempat tuh akan tak asli lagi..sape kate ah hee tu tak leh cari makan silap ari bulan dia buat pasar raya kat situ..aahhheeee

Bagi pendaki gunung pasti suka coz cost CUS pasti leh kurang

Bagi yang ada fwd tentu tak setuju coz tak leh nak test power...betol tak nadir... :lol: aku rasa tak rugi kalu matsaiko nak beli fwd nak buat bisnes katanye..masih banyak lagi tempat tak tercemar mat..

Bagi aku kadang2 kita perlu berkorban untuk orang lain

User avatar
kenshina
Pendaki Sondol
Posts: 491
Joined: 05 Dec 2005, 09:24
Location: 21st Century
Contact:

Post by kenshina »

equation zaman moden : pembangunan = pencemaran

tapak rumah kita, sekolah, bangunan, opis, klcc, di mana saja bumi yg korg berada sekarang ni..
tu sumer hutan belantara satu masa dulu...
yg dah lama terkorban dek sebab pembangunan..

pada aku.. kalu nakkan sesuatu.. ada la yg terkorban...
kalu nak Northface creston sebijik.. terkorban la RM1000... ye dak.. :cry:

pada pendapat aku... kalu itu yg orang asli mahukan..
terpulang la pada diorg..
tp yg masih tinggal.. kita jaga la sama2...
janganla tinggalkan sampah di hutan2 kita... :shock:

so blehla p V2 naik kancilku jerk.. hikhikhik... :!:


:mrgreen:
challenge your limit

kabusgunung
Skuad GPS GO
Posts: 737
Joined: 19 Jan 2006, 20:31

Post by kabusgunung »

Rasanya selama ni kita as warga rekreasi x rasa keperitan 42km Kuala Mu - lasah tu... siap have fun lagi atas hilux.. kita terima route/journey ni as satu adventure...
aku pun tak rasa perit.... tapi rasa azabbbbbbbbbb! adeih!!!

uglysister
Pemegang Amanah GO
Posts: 360
Joined: 05 Dec 2005, 07:37
Location: 18m Underwater
Contact:

Post by uglysister »

rasenya kalau jadi pon bende ni mungkin bertaun lagi kot.. sedangkan kat bandar pon byk lagi bende nak build up.. ini kan kat pos kemar.. tapi tak tau la kot samy vellu nak pancing undi pak uda kg agek ke, adi kg lerlar ke.. hehehe :P

harap2 tak jadi aar.. kalau tak bas pelancong pon bleh masuk.. nanti CUS, Gerah, Yong Yap pon bleh jadik cam Nuang.. kotor giler..

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Post by kambinggurun »

alamak, bia betol samy vellu nih..

takbest a..takley a nak kayuh mtb offroad kat situ..best woo...

aku doakan samy vellu tak buat jalan tar kat situ, tp maybe die leh sediakan powil shuttle utk orang asli, pagi sekali tgh hari sekali, ptg skali..
heheheh..

letrik bukannye samy vellu takley buat kat pos kemar tuh..
belakang umah man kg rantau ade air terjun ape..
bleh gune tu...
::SRC-Total Outdoor::

melati
Pendaki Terlampau
Posts: 748
Joined: 11 Jan 2006, 15:31
Location: b'worth
Contact:

Post by melati »

pd kita tk buat lg bagus coz kita bkn pnduduk kt sana..
setaun baper kali jerk kita g sana tk la terasa sgt kesusahan
seperti yg mereka rasa..

tp katakn lh situ lah kpg halaman kita tntu kita nk
sket pembangunan..paling koman dpt jln tar..

samy velu @ semi value projek...
ntah ler..lmbt lg lah kot..coz tk nmpak
dia komen gabra pn kt tv :D

Ezrin
Pendaki Gunung
Posts: 129
Joined: 12 Dec 2005, 17:29
Location: Kuala Lumpur
Contact:

Post by Ezrin »

lambat ker cepat ker kompem ujud gak ler jalan tar kat sane :wink:
~ ava adore ~

jimi
Pendaki Gunung
Posts: 154
Joined: 18 Feb 2006, 12:39
Contact:

Post by jimi »

mana lagi penting dan perlu di utamakan??

hobi kita utk masuk gunung tu sekali sekala so takmo pencemaran

atau

pembangunan org asli yg meman tiap2x hari guna jalan tuh walaupon ada kesan??


bagi aku, jgn la pasal hobi kita, kita lupakan penduduk situ yg nak kan pembangunan...tempat dia...kalo tempat kita tinggal sendri nakkan jalan yg elok n bangunan yg cantik, dah tentu org asli tuh pon nak gak....kan kan?? cuma minimakan kesan pembangunan yg buruk..lebihkkan kesan pembangunan yg baik...kita sokong n beri kerjasama utk perkara yg baik..kita bangkang utk perkara yg buruk...

kalo perlu buat jln, gunakan kaedah yg betul...kalo kita rasa banyak pencemaran, tukar pd kaedah yg kurang pencemaran..janji pembangunan tuh ada...kita ada kuasa sebagai rakyat mesia...eheheheh
lagi 2 bulan..kejap jerk...

desperategaid
Pendaki Gunung
Posts: 41
Joined: 15 Dec 2005, 16:41

Post by desperategaid »

boleh nak buat tapi lebar jalan tu ngam2 dah la.kalo luas sangat semua kenderaan boleh masuk.rasanya takde sape nak g piknik kat dalam tu.jauh sangat.kalo yg masuk pun mgkin orang asli,renjer,ah hee & the gang dan bebudak yg naik gunung je...bagi ah hee kaya sangat pun tak guna gak. :P

org_baru
Pendaki Gunung
Posts: 4
Joined: 14 Oct 2006, 21:57
Location: atas hilux
Contact:

Post by org_baru »

kesian org asli kat sana..dah lama nak rasa naik keta kancil...korg xkesian ke?
:idea:

p.s:-sayang org asli...
alang-alang menyeluk pekasam

Post Reply