CUACA Buruk di Hutan Negeri PERAK

Nak mintak tolong? atau nak tanya sesuatu? ada cadangan? poskan disini. Terima kasih
Post Reply
adisos2002
Otai Gunung
Posts: 969
Joined: 07 Dec 2005, 07:36
Location: Semak Samun
Contact:

CUACA Buruk di Hutan Negeri PERAK

Post by adisos2002 »

Berita dari SOS untuk para pendaki.
Ngai, Umai dan rakan-rakan pendaki yang lain sekalian.... semalam SOS menghadapi satu masalah berhububng cuaca..

Kumpulan pendaki SMU yng dibawa oleh SOS terkandas di Kg Rantau setelah jalan masuk dari Lasah tidak dapat dilalui oelh 4WD akibat selut dan jalan Balak telah hancur hasil dari hujan yang turun mencurah-curah selama beberapa hari..

Kami mempunyai pilihan samaada untuk membawa keluar para pendaki melalui jalan air ataupun menunggu selama 2-3 hari lagi sehingga hujan berhenti.. Oleh kerana jadual perjalanan peserta yang agak ketat maka kami terpaksa mengahntar masuk staff SOS kedalam melalui pengkalan Trojan untuk membawa berita tersebut..

Akhirnya jam 11pagi hari seterusnya kami berjaya membawa keluar melalui jalan air.. kami juga menyaksikan hampir 3 kumpulan yang berbeza gagal untuk ke Pos Khemar dan terpaksa membatalkan program pendakian mereka..

Pada rakan pendaki yang lain anda boleh menghubungi pemandu 4WD anda terlebih dahulu sebelum datang ke Sungai Siput. Ini demi mengelakkan anda membuang masa untuk perjalanan ke Pos Khemar yang sia-sia (tak sampai suku perjalanan).

SOS dari masa kesemasa akan memantau perkembangan laluan ke Yong Yap dan CUS bagi info rakan pendaki yang lain...

Sementara itu laporan cuaca bagi perjalanan ke Trans TTWangsa : Hujan Lebat pada sebelah petang menyelubungi sekitar daerah Kinta. Fenomena POKOK TUMBANG dan TANAH RUNTUH adalah diantara risiko yang mungkin dihadapi oleh rakan pendaki sekalian...

Muzs
SOS
<no one left behind> nolb
Berminat mendapatkan guide gunung/ teambuilding?? Contact Silver Outdoor Sports di 012-5317141atau email adisos2002@yahoo.com

krow
Senator Gunung
Posts: 179
Joined: 07 Dec 2005, 10:13

Post by krow »

muzs,

malam ni MMA sewang, akan aku maklumkan pada org2 asli sekelian. tp rasanya kitorang on gak for TransTT, sebab cuti semua dah amik..

terimakasih atas maklumat terkini!!
http://anotherkrow.multiply.com/
"its not the mountain we conquer but ourselves"
Sir Edmund Hillary

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Post by poncho »

emmm..teruk tu..camne nak berjuang kalo x sempat sampai medan perang dah kena ambush eh?

ade sesapa penah redah TRANS ikut trek lain selain dari sg. siput x? :?
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

adisos2002
Otai Gunung
Posts: 969
Joined: 07 Dec 2005, 07:36
Location: Semak Samun
Contact:

Post by adisos2002 »

Silap tue Poncho...
Bukan Trans ikut Sg Siput yg menjadi mslh dan topik perbualan disini.. Tapi :
1. TransTTWangsa (Korbu - Gayung - Yong Belar)
2. Chamah Ulu Sepat

Sebab ini la kawasan yg selalu SOS bermslh bila hari hujan!!
<no one left behind> nolb
Berminat mendapatkan guide gunung/ teambuilding?? Contact Silver Outdoor Sports di 012-5317141atau email adisos2002@yahoo.com

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Post by poncho »

eh? ye ke? sori beb kalo slh fhm. tp, mmg kalo nak g CUS lalu empangan temenggor kan? dari pos kemar g rantau ke? kalo camtu nampak gaya mmg susah sbb masa kering pn jalan mcm lps gempa bumi..inikan pulak kalo ujan eh? berat gak hal nie..
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

User avatar
Rob
Pendaki Sondol
Posts: 467
Joined: 07 Dec 2005, 03:05
Location: blakang skali

Post by Rob »

yo musz..
ada apa2 cadangan baik tak kalau nak ke CUS buat masa skarang?
lebih bagus masuk pakai bot dari trojen ke khemar?
atau masuk pakai 4x4 ke lerlar?
hari tu masa hantar budak s'pore apa criter? trek balak tu ok?
suspen woooo kalau sangkut kat tengah2 hutan berdengung tu.
skarang tinggal seminggu je lagi kalau nak ejas transport lain pun.
pastu dah kena gerak...
Ya ALLAH.. limpahkanlah kesabaran kepada kami,
dan matikan kami dalam keadaan islam.. (Al-A'raaf: 126)

jemerr
Pendaki Gunung
Posts: 38
Joined: 07 Dec 2005, 20:55
Location: K2
Contact:

Post by jemerr »

tolon la x der problm. kawe tgh nak plan ponteng klas nih. trainin dah sebulan lebih dah. yg bole menyebabkan aku x bleh pegi, money, money, money and more money.

jemerr
Pendaki Gunung
Posts: 38
Joined: 07 Dec 2005, 20:55
Location: K2
Contact:

Post by jemerr »

kalo x jadi pun aku paham. xder rezki kot. nak ckap hati kerin pun, buat2 kerin jer aku nih. 5 trip in the row+1(CUS next week) musim ujan, mmg azab gak. telan jer la. apa2 kputusan aku on jer kecuali money, money, money and lots of money (loan sankut, CGPA bawah 2.0 ngeh3...)

umai
Pendaki Gunung
Posts: 50
Joined: 05 Dec 2005, 09:25

Post by umai »

laporan cuaca bagi perjalanan ke Trans TTWangsa : Hujan Lebat pada sebelah petang menyelubungi sekitar daerah Kinta. Fenomena POKOK TUMBANG dan TANAH RUNTUH adalah diantara risiko yang mungkin dihadapi oleh rakan pendaki sekalian...
Fenomena tersebut adalah disebabkan oleh Monsun Timur Laut


Ciri-ciri Monsun Timur Laut (November 2005 hingga Mac 2006)

Monsun timur laut yang kebiasaannya berlaku antara pertengahan November dan awal Mac adalah dicirikan oleh angin yang bertiup secara tetap dari arah timur laut. Dalam tempoh ini negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan pantai Sarawak dan pantai timur Sabah akan mengalami beberapa siri jangkawaktu hujan lebat yang menyeluruh bertahan selama 2 hingga 3 hari. Dalam musim ini terdapat antara 3 hingga 4 jangkawaktu hujan sedemikian berlaku pada masa yang berlainan di kawasan-kawasan tersebut. Di antara jangkawaktu-jangkawaktu hujan lebat terdapat beberapa hari cuaca baik, samada tiada hujan atau dengan hujan yang sedikit. Dalam keadaan biasa iaitu pada bulan November dan Disember pantai barat Semenanjung mengalami hujan dan ribut petir di kebanyakan tempat yang dijangka berlaku pada sebelah petang dan malam.

Monsun Timur Laut di Semenanjung Malaysia

Kejadian hujan lebat pada musim ini biasanya bermula di negeri Kelantan dan Terengganu sebaik selepas minggu pertama bulan November. Hujan lebat yang berlaku pada bulan November dan awal Disember biasanya beransur-ansur kurang selepas itu. Menjelang Januari keadaan cuaca secara relatifnya akan menjadi kering. Dalam masa yang sama hujan monsun yang lebat secara perlahan-lahan beranjak ke arah selatan dimana kawasan timur negeri Pahang dan Johor mengalami jangkawaktu hujan lebat pada bulan Disember dan awal Januari. Dari pertengahan Januari dan bulan-bulan berikutnya keadaan cuaca diseluruh Semenanjung Malaysia secara relatifnya menjadi kering. Dalam tempuh separuh pertama monsun ini, kadangkala sistem cuaca monsun yang lebih menyeluruh terjadi dengan unjuran cuaca ke barat mengakibatkan negeri-negeri di pantai barat Semenanjung mengalami hujan menyeluruh yang boleh bertahan sehingga beberapa jam secara berterusan. Walaubagaimanapun dalam keadaan biasa, pantai barat mengalami hujan dan ribut petir di kebanyakan tempat pada waktu petang dan malam.

Sumber dan keterangan lanjut
http://www.kjc.gov.my/malay/perkhidmata ... onout.html

Post Reply