Pengalaman mendaki Gunung Trus Madi (laluan ketiga)

Aktiviti Gunung • Khas untuk aktiviti gunung sahaja

Moderator: nadir

lens
Pendaki Gunung
Posts: 18
Joined: 21 Nov 2011, 09:01

Pengalaman mendaki Gunung Trus Madi (laluan ketiga)

Postby lens » 21 Jun 2013, 07:49

Salam 1Gunung dan Salam Sejahtera kpd semua members GO.

Sy ingin berkongsi sedikit ttg pengalaman pahit manis sy mendaki gunung Trus Madi tahun lalu. Admin, sy minta maaf kalau salah bod, tlg pindahkan. :)

Sudah hampir setahun berlalu so minta maaflah klu kurang detail sebab kenangannya kurang segar di minda huhu. namun pahit panisnya mmg tak dpt dilupakan.

kpd yg arif mungkin anda tau sebenarnya ada tiga laluan rasmi utk ke puncak trus madi.
1. Tambunan (popular)
2. Apin Apin
3. Sinua

kami memilih utk mendaki trus madi mengikut laluan ketiga iaitu bermula dari kpg. Sinua yg terletak di kwsn pedalaman lbh kurang 1.5 jam dari bandar Keningau.

pada hari pertama, setelah berkumpul di KK pada awal pagi, kami bertolak ke Keningau utk lunch sebelum meneruskan perjalanan ke Kpg Sinua. jalan raya ke sana mmg teruk sgt... on d way ke sana ada budak2 sekolah dan penduduk tempatan yg minta utk menumpang ke rumah masing2. kami sempat menumpang 3 atau 4 orang pelajar yg duduk di belakang truck kami sebab dlmnnya sudah penuh.
sedih mataku memandang rakyat kwsn ini yg terpaksa tinggal dgn habuk dan debu dan jln raya yg seperti di negara yg sgt mundur. setiap hari begini, mmg tak dpt nak bayangkan... kata drebar kami yg berasal dr sebuah kampung pedalaman, keadaan mmg begini sejak bertahun2 dahulu.

setibanya di kpg sinua, kami pun jln2 round2 sekitar area perkampungan. time tu dah hampir pukul 4pm.

kampung ini terletak berdekatan kaki gunung jadi bermakna kami akan membuat pendakian yang agak sukar dan jauh utk ke puncak .

malam itu agak sengsara bagi sy. akibat termakan sesuatu pada tempoh hari semasa trip ke kinabatangan (sy suspect udang yg tak fresh/tak dimasak betul), - tp mungkin juga termakan sesuatu yg tak betul pada hari itu - sy terkena cirit birit sepanjang malam tak tidur. hampir setiap 1 jam mmg bangun utk ke tandas.

rakan2 yg lain nyenyak tidur sampai berdengkur mcm keretapi tp sy pula asyik bangun utk ke tandas. kami tidur dlm sebuah khemah kayu dan buluh berbumbung atap. cuaca clear dan agak dingin. sambil jalan ke tandas sy sempat stop kejap utk melihat pemandangan langit yg dipenuhi bintang bintang, galaxy milky way kita pun dgn terang kelihatan pada malam yg cerah itu. tp perutku yg krok krek tak mengizinkan sy utk berlengah, kn pantas berjalan agar tidak berlaku sebarang perkara yg tidak diingini sebelum sempat sampai ke tandas. huhuhu

malam itu tandas mmg menjadi kawan karibku.

sengsara.

sampai kosong perut ususku. mmg keluar semua.

bayangkan pada esok pagi terpaksa bertolak awal awal lagi utk mendaki gunung trus madi!!

-bersambung-

lens
Pendaki Gunung
Posts: 18
Joined: 21 Nov 2011, 09:01

Re: Pengalaman mendaki Gunung Trus Madi (laluan ketiga)

Postby lens » 21 Jun 2013, 13:39

-sambung-

tempat ni mmg bnyk pacat. nasib baik kami pergi pada musim kering, jadi kurang sikit. tp sy dpt bayangkan klu musim hujan sudah tentu penuh dgn pacat sebab kat tepi jalan yg dilalu kereta dan motosikal pun ada pacat!

ubat sakit perut yg sy bawa mmg tak berkesan, maka tidak tidurlah sy sepanjang malam. tidur pun mungkin 30 minit je.

besok pagi keadaan perut okay sikit... lepas mkn beberapa biji charcoal tablet. tp masih berbunyi dan mmg kalau makan atau minum akan keluar balik.

nah sy cerita pasal skt perut dan cirit ni supaya krg tau betapa besarnya achievement sy bila sampai kat tapak perkhemahan, sedangkan mmg sy sendiri tak expect blh sampai ke situ dlm keadaan yg dehydrated.

anyway, kami mulakan perjalanan agak awal, siap packing semua barang, kami agih2kan kpd porter. barang sy tak bnyk, brg member lain lagi bnyk tp last last overweight jugak dan terpaksa bayar extra. kami yg tak bnyk brg pun kena bayar. sib baiklah kami ni mmg bkn jenis bnyk songeh atau berkira, kami bayar je wlupun mmg bukan barang kami yg overweight (entah apa yg dibawa yg lain sampai bertan tan anak gajah beratnya huhu, peralatan fotografi kot).

belum sampai satu kilometer dah keluar makhluk2 penghisap darah... tunggu atas daun, tepi2 trail dan tgh tgh jalan. tp kami semua dah bersedia, kalau sy masuk hutan je mesti bawa repellent berjenama mosiguard. mmg berkesan menghalau nyamuk dan pacat. wlupun pacat mmg bnyk, tak seekor pun yg berjaya hisap darah sesiapa.

kami merentas sungai besar dan kecil kemudian selepas kira kira dua jam berjalan, kami mula naik bukit dan cerun yg agak curam. dari situ, mmg start susah utk sy sebab keadaan kesihatan yg kurang baik tambah lagi dgn keadaan badan yg kehilangan air (dehydration).

dua org kawan baik hati sanggup menemani sy, dgn guide kami yg dah naik trus madi entah berapa kali, 20 kali ada kot. anyway, mmg perut masih tak sihat dan apa sj yg sy makan atau minum... keluar balik.

bila dh sampai elevation yg agak tinggi (sebelum masuk kawasan mossy forest), sy mmg dah perlahan mcm kura kura. pemandangan yg cantik menguatkan semangat sy utk meneruskan perjalanan. tp perutku.... adeh... selepas muncul utk kali keberapa dari semak... tiba tiba sy teringat kembali pesanan sorang kenalan ttg ubat herba utk sakit perut yg blh didapati di hutan. POKOK SENDUDUK!

Pokok senduduk ni tumbuh di merata tempat terutamanya di tepi2 trail atau di kawasan lapang seperti kawasan yg tlh dibalak.

Trail yg kami pakai tu mmg bekas jalan balak (mmg habis pokok2 besar kat sini, yg kami nampak sepanjang perjalanan mungkin ada dua batang pokok meranti yg besar je). so mmg bnyk pokok senduduk di sini.

jadi saya pun petik dua tiga bijik buah senduduk dan beranikan diri... "i got nothing to lose" kataku pada diri. sy kunya sebijik dulu, telan airnya tapi tak telan biji2 yg bagai pasir. kemudian tunggu sekitar dan cuba lagi dua biji.

kawan2 yg lain dah terus ke depan. last water point pun dah jauh di belakang.

aku pun mula naik dan masuk ke dalam mossy forest. jenis hutan mmg dah bnyk berubah sebab dah masuk kawasan hutan elevation yg tinggi.

perut sy mula terasa mcm nak cramp dan tak sampai 30 minit, badanku sudah kembali pulih seperti biasa. langsung hilang terus perasaan sakit perut atau cirit dan mmg terasa mcm tak pernah pun kena cirit. mcm biasa je. wowwww.... mmg terkejut jugak sy... pokok senduduk ni blh dikatakan dah selamatkan sy.

(DISCLAIMER: pokok ni mujarab bg sy tapi utk org lain sy tak tau sebab setiap org body reaction berlainan, ini cuma pengalaman sy. dan sy mmg familiar dgn beberapa jenis pokok2 herba dlm hutan, jika anda tak familiar, tlg jgn cuba nanti tersalah makan sebab senduduk pun terdapat beberapa jenis).


-bersambung-

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Pengalaman mendaki Gunung Trus Madi (laluan ketiga)

Postby shahrul » 22 Jun 2013, 11:51

mungkin sesuai kat bhg. Log Gunung
nnt mod transfer ke sana le tu :)

teruskan menulis..
_________________
_________________

lens
Pendaki Gunung
Posts: 18
Joined: 21 Nov 2011, 09:01

Re: Pengalaman mendaki Gunung Trus Madi (laluan ketiga)

Postby lens » 22 Jun 2013, 21:56

sambung cerita-

akhirnya sy tiba di tapak perkhemahan kami yg berada pada paras kira2 1800m. terkejut jg tgk keadaan tapak perkhemahan kat sini... kwsan terbuka dgn pasir/tanah dan batuan kecil, cuma beberapa pohon renik mampu tumbuh kat sini sebab angin dan hujan sentiasa mengikis tanah sini sampai biji pokok/rumput tak sempat tumbuh dgn baik. nanti sy pos gambar krg tgk sj dgn mata sendiri...

members yg lain tiba jauh lebih awal banding dgn sy yg mmg terpaksa berjalan mcm kura kura sebab badan tak sihat. sy tiba kat situ lebih kurang pada jam 3.30 ptg. kami start pukul 8 pagi.

nak kata susah utk ke tapak perkhemahan tu tak juga sebenarnya. kalau badan sihat mungkin senang je sebab ikut jalan balak yg dah lama ditumbuhi pohon2 kecil dan tumbuh2an lain. cuma bila masuk mossy forest je yg mencabar sikit sebab ada part yg licin.

setelah mendirikan khemah, ada members yg berjalan ke waterfall lebih kurang sejam dari campsite. members lain masak atau bersembang. cuaca agak tenang tetapi bila matahari terbenam, mula terasa sejuk. mlm tu kami cuba tidur awal sebab plan kami utk mula mendaki pada pukul 2 pagi utk melihat sunrise.

tidur tak sempurna mlm tu, batuan kecil bawah khemah asyik mencucuk badan... mmg tak selesa langsung wlupun ada sleeping bag.

pukul 2 pagi, bangun utk sarapan express. this part (makanan) mmg kureng sikit tp itu cerita lain lah, sy tak ingin cerita balik part yg mengecewakan ni. dgn berbekalkan air satu liter dan sedikit coklat atau gula gula dan makanan ringan, setiap org kami pun mula bergerak menuju ke puncak. guide kami tak ikut sbb kaki sedikit cedera, tp beberapa porter kami yg muda muda yg jadi guide pula.

dari campsite utk ke puncak trus madi utk org yg sihat dan fit mmg no problem, susah mmg susah sebab banyak naik turun naik turun dan ada beberap bukit on d way. tp kalau fit mmg blh buat tanpa masalah, asalkan makanan dan air mencukupi.

MASALAHNYA... sumber air bersih di tapak perkhemahan mmg tak ada. so air yg ada pun kena ambik atau refil dari waterfall sejam dari campsite. (ada jg cerita lain ttg waterfall ni yg dikatakan tempat mandi.....)

sepanjang perjalanan dari campsite utk ke puncak, sumber air bersih langsung tak ada. air yg ada semuanya terkandung dlm periuk kera Nepenthes lowii yg penuh dgn pelbagai kotoran.

sampai je paras 2200m, air sy sudah hampir habis. dua org kawan yg lain give up kat point ni. drg pass kat sy air mereka sebab mmg nak patah balik dah. kasut yg srg tu terbuka tapaknya dan yg srg lagi mmg dah tak larat. waktu tu langit dah mula nak cerah dan matahari pun nak terbit.

sy meneruskan perjalanan seorang diri, yg lain semua dah jauh ke depan. trail kat sini agak clear cut dan terdapat tanda2 jarak ke puncak (1.2km, 1km, 800m dsbgnya).

sy mmg dah tak ingat berapa kali sy naik turun naik turun tp bila dah naik tinggi2 tu kena turun balik mmg mcm membazir tenaga. tp mmg kena buat juga. all the way mmg banyak periuk kera Nepenthes lowii yg tergantung sana sini. air sy masa ni mmg tinggal sikit je.

di satu point ni blh tgk gunung kinabalu dgn jelas. sy bnyk membazir masa mengambil gambar dan berehat. angin atas gunung ni tersangat kencang dan suhu pun sgt sejuk. tp bila turun ke lembah di antara bukit jadi tenang dan senyap pula.

sesampainya sy ke distance marker 1km, sy cuba meneruskan perjalanan tp di depan sy sebuah lagi bukit yg kena sy naik. alamak, air pun dah nak habis... tapi dah dekat ni... nak teruskan atau berhenti? last last sy mengambil keputusan utk berhenti dan tidak mengambil risiko sebab jantung sy pun dah bagi warning sign. kalau teruskan juga mungkin saya tidak berada di sini pada hari ini. sebab sakit/cirit/dehydrated 3 hari kemudian kurang tidur dan letih dan jg kekurangan air... sy tak dpt nak teruskan. namun begitu sy tak terasa kempunan atau menyesal sebab dlm keadaan yg kurang sihat sy masih berjaya sampai kat situ. satu pencapaian besar bg sy.

sedang sy duduk berehat sambil menikmati pemandangan sekeliling, tiba2 sorang kawan menuruni bukit dihadapan sy. drpd muka dia yg hijau dan expressi muka yg muram terus sy tau yg dia pun give up. katanya dia sampai distance marker lebih kurang 800m dari puncak, tapi dia mengambil keputusan utk patah balik bila berdepan dengan satu lagi bukit/cerun!

so kami berdua pun jalan balik dgn perlahan lahan sambil mencari benda2 menarik utk tangkap gambar. kami sempat melihat seekor mountain shrew bergerak dari satu periuk Nepenthes lowii ke periuk yg lain utk makan madu yg dikeluarkan pada "tudung/penutup" periuk. wahhhh bukan senang nak tengok ni... sedangkan para saintis pun jarang berkesempatan.

satu per satu members yg lain yg berjaya ke puncak melimpasi kami yg mmg dah tak rushing lagi, just jln slow slow sambil ambik gambar.

jam 11.30 pagi sy tiba kat tempat dimana dua org kawan berhenti dan patah balik pd pukul 630pagi tadi. cuaca terang dan angin kuat yg bertiup kencang awal pagi itu sudah pun berhenti. mmg cantik pemandangan kat sini. kami blh tgk dgn jelas puncak trus madi yg "so near yet so far"... takpe... sampai tak sampai itu tak penting, yg penting tiada sesiapa yg mengalami masalah besar dan semuanya berjaya kembali ke campsite dgn selamat.

pemandangan pada siang hari mmg menarik dan cantik semasa lalu mossy forest dari campsite ke puncak. kalau start pukul 2 pagi mmg susah sikit nak berjalan dan sy tak rekomen sesiapa yg mengikut laluan kpg sinua utk mula trekking jam pagi pagi buta. sebabnya nak tgk sunrise tak penting, yg penting, para hiker kena dptkan tidur yg mencukupi!

-bersambung-

eieigoto
Pendaki Gunung
Posts: 16
Joined: 23 Jan 2017, 16:10

Re: Pengalaman mendaki Gunung Trus Madi (laluan ketiga)

Postby eieigoto » 16 Feb 2017, 12:18

Thanks for the info
promotion gclub

Panharith
Pendaki Gunung
Posts: 14
Joined: 13 Jun 2017, 22:41

Re: Pengalaman mendaki Gunung Trus Madi (laluan ketiga)

Postby Panharith » 13 Jun 2017, 23:24

Gunung kedua tertinggi di Malaysia ini boleh didaki dari 3 jalur, iaitu dari jalur Tambunan, Sinua dan dari Apin-Apin. Saya bersama teman-teman yang diketuai oleh Deeno mendaki gunung ini pada March 2011 dari jalur Tambunan. Kami menaiki pancuan 4 roda dari Kota Kinabalu ke Tambunan yang mengambil masa kurang lebih 90 minit.


Goldenslot

Lionel Messi
Pendaki Gunung
Posts: 37
Joined: 27 Feb 2018, 10:02

Re: Pengalaman mendaki Gunung Trus Madi (laluan ketiga)

Postby Lionel Messi » 05 Mar 2018, 22:12

Gunung kedua tertinggi di Malaysia ini boleh didaki dari 3 jalur, iaitu dari jalur Tambunan, Sinua dan dari Apin-Apin. Saya bersama teman-teman yang diketuai oleh Deeno mendaki gunung ini pada March 2011 dari jalur Tambunan. Kami menaiki pancuan 4 roda dari Kota Kinabalu ke Tambunan yang mengambil masa kurang lebih 90 minit.

Image

ผ่าน เว็บ B2BET


Return to “Aktiviti Gunung”

Who is online

Users browsing this forum: Google [Bot] and 2 guests

cron