Eighteen hikers missing on Gunung Batu Putih!

Menyimpan dan mengemaskini log yang telah diposkan di dalam Gunung Online
Post Reply
azkramm
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 09 Jul 2012, 12:09

Eighteen hikers missing on Gunung Batu Putih!

Post by azkramm » 31 Jan 2019, 12:16

LOG XPDC Gunung Batu Puteh

Eighteen hikers missing on Gunung Batu Putih!

Begitulah tajuk berita yang terpapar di skrin xiomi A1ku ketika line 4g Digi baru masuk di laluan menurun menuju ke kem Balak dari puncak mini batu putih selepas selesai mendaratkan mangsa. Terkojut den…menyedari ada cerita sensasi cuba diputarbelikan oleh media, aku terpanggil untuk menulis kisah XPDC Batu Puteh yang menggemparkan dunia pendakian gunung tanahair. Kisah penulisan ini sengaja ditokok tambah bagi mensensasikan cerita.

Bila kita membicarakan pasal Gunung Batu Puteh, perkara yang paling di ingati adalah Gua Azan, iaitu 1 lokasi bermalam yang paling unik dan mistik bagi kebanyakan aktiviti pendakian. Pendaki berpeluang bermalam didalam gua seolah-olah hidup di zaman purbakala. Rare kata anak muda.

Gunung Batu Putih terletak di hutan simpan kekal DaerahTapah yang mempunyi ketinggian 6993 kaki dari aras laut yang turut tersenarai gunung ke-8 tertinggi di Malaysia dan merupakan salah satu puncak gunung daripada Banjaran Naga Titiwangsa, “tulang belakang” Semenanjung Malaysia. Seperti kawasan-kawasan lain di banjaran itu, kawasan Gunung ini juga terbentuk oleh batuan granit. Beberapa tarikan geologi utama telah dikenal pasti sebagai potensi sumber geopelancongan.

Segalanya bermula bila msg wasap mami masuk menjemput mendaki gunung ini. Aku ketika itu baru sahaja selesai membuat penilaian trek gunung Nuang yang dijangka dibuka kepada umum pada Mac 2019. Aku tanpa berfikir panjang terus balas ok on Batu Putih.

Peserta kali ini seramai 18 orang. Macam biasa…hanya yang membayar akan join trip ni. Ramai juga yang lipak pada saat2 akhir. Dari wajah pic profile dan aura mereka, terasa benar semua peserta sangat berpengalaman dalam aktiviti pendakian gunung gred g7. 3 jurupandu iaitu Bah Atek, Bah Atan dan Rosyam Nor yang baru tingkatan 2 dari orang asli tempatan diberi tugasan menjadi gaid kami. Mereka ini orang asal di kawasan perkampungan orang asli. Dari maklumat yang disurahkan, kemasukan pendaki ke Gunung ini memerlukan kebenaran khas Tok Batin kerana pendaki akan memasuki tanah adat orang asli. Permit masuk dari Jabatan Hutan juga diperlukan untuk masuk ke kawasan ini.

Jumaat 18/01/2019 (Hari zero)

1. Jam 11.45 malam perjalanan diteruskan dari KL ke Tapah. Aku carpool bersama Mark Is. Pickup dia di Masjid Wilayah KL dan terus ke RNR jejantas Sg.Buluh. Disitu aku menunggu selama sejam abg mat yang baru habis event di PWTC. Kami ke tapah. Lepas tu singgah kejap di RNR tapah untuk minum, kemudian terus ke Hutan Lipur Kuala Woh. Kami tiba masa tu dah 2 pagi. Team lain ada yang dah sampai lebih awal. Kami ambil peluang untuk tidur dan mengumpul tenaga demi pendakian esoknya.

Sabtu 19/01/2019 (Hari pertama)
2. Hutan Lipur Kuala Woh ini hanya 13 km dari Bandar Tapah. Terletak dalam Hutan Simpan Bukit Tapah. Jenis Hutannya Dipterokarpa Bukit. Tiket kemasukan adalah Dewasa RM 2.00, Kanak-kanak RM 1.00. Ia dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang.

3. Hutan Rekreasi Kuala Woh mudah dikunjungi dengan adanya kemudahan jalanraya yang sempurna. Ia menjadi tarikan bagi sesiapa yang gemar menikmati keindahan flora dan fauna hutan tropika. Hutan Rekreasi ini menyediakan denai-denai penerokaan hutan yang lengkap, lantas menawarkan perjalanan dan pengembaraan hutan yang menarik, ditambah pula dengan keseronokan untuk melihat kupu-kupu spesis "Rajah Brooks" di dalam habitat semulajadi mereka. Hutan Rekreasi Kuala Woh juga menyediakan kawasan perkelahan kolam air panas semulajadi di Lubok Merbau.Selain itu, jambatan gantung sepanjang 30 meter yang merentasi Sungai Batang Padang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang menarik daripada bahagian atas jambatan menjadi satu daya penarik yang unik bagi hutan rekreasi ini.

4. Azan subuh memecah hening pagi di bumi Kuala Woh. Kami semua solat subuh. Entah mengapa kali ini aku tak sempat solat hajat memohon agar xpdc gunung Batu Puteh ini dipermudahkan dan diberkati, dijauhkan dari apa jua bahaya dan semoga semua selamat dari mula hingga akhir. Mungkin aku bukan gogo untuk team ini maka aku ambil mudah perkara yang amat penting ini. Solat hajat sebenarnya amat penting kerana kita sebenarnya tidak tahu apakah cabaran dan dugaan yang bakal menanti kami di sepanjang XPDC nanti.

5. Jam 7.15 pagi Gogo mengagihkan ration dan kelengkapan XPDC untuk di angkut bersama. Kali ni aku angkut satu set berat dalam 2 kg rasanya. Oklah tu tak berat sangat. Kami terus tukar uniform trekking. Awal-awal lagi gogo telah membuat laporan polis di IPD Tapah sebelum masuk. Gogo masuk balai dan hantar senarai nama bersama jadual program. Kami dijangka keluar pada hari Isnin jam 7 petang. Laporan awal ini sebenarnya amat penting untuk memaklumkan pihak polis mengenai kesahihan wujudnya aktiviti pendakian di kawasan yang dilaporkan. Sekiranya berlaku misi SAR, rujukan pengesahan awal boleh dibuat tanpa perlu banyak kerenah birokrasi yang mengambil masa.

6. Dari Hutan Lipur Kuala Who kami ke permulaan rentis di empangan kampong orang asli. Semua Nampak bersemangat dan padu. Aku macam biasa taklah nak laju mana..jadi mami lantik sebagai acah acah sweeper. Jam 10 pagi macam tu kami angkat sauh memulakan penjelajahan ke puncak gunung batu putih. aku dijemput mengetuai bacaan doa moga pendakian kali ini diberkati dan dijauhi dari segala mara bahaya dan dilindungi dari mula hingga akhir. 7 kursi dibaca ditiup kedalam segitiga maarifat yang berputar arah lawan jam sebagai sigal penangkis kepada apa saja cubaan ancaman tajam entity aura negative di jajahan batu putih. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW. Tidak lupa salam Nabi Sulaiman dan Salam Nabi Nuh…dan diakhiri dengan ayat penggerak….

7. Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa huas sami’un alim. “Dengan Nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibum dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini.

8. Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah S.W.T akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

9. Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

10. Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati. insyaAllah.

11. 12.72km ke puncak sambil bawa load bukan kerja mudah. 5 minit pertama, group ini dah berpecah dua. Satu yang laju dan padu dah ke depan. Satu lagi sibuk dengan sesi foto di rumah orang asli. Nampak benar kami macam jakun yang tak pernah tgk binaan rumah orang asli. Selepas 10 minit mencari laluan asal melalui radio, baru jumpa dan kami teruskan perjalanan. Guide kami orang kampong boleh pulak pergi kedai beli rokok. Takpe jap lagi dia kejar balik.

12. Cahaya matahari cerah ceria seakan memberi tanda bahawa trip ini akan Berjaya. Kami kemudian tiba di sungai Y, kami terpaksa meniti laluan kayu yang diikat sebagai jambatan. Aku menduga laluan ini akan tenggalam bila hujan lebat dan tidak selamat bila arus deras. Menduga arus sungai dalam jarak 15 meter bukan mudah.

13. Dengan sabar, semua selamat ke seberang dan terus mendaki. Tiba pulak di laluan buluh, beg besar terpaksa dibuka dan menunduk. Seksa rasa laluan buluh ni. Kami lunch di satu anak sungai yang agak laju airnya. Lunch kami agak simple, nasi putih bersama ayam masak kicap. Masakan mami pagi tadi. Kala itu terasa benar sedapnya mungkin sebab kami memang dah lapar sangat atau mungkin letih mendaki memerlukan lebih lagi carbo loading energy sebentar lagi. Selepas makan, aku ambil masa untuk mandi di anak sungai. Dari pandangan batinku, jelas Nampak kawasan ini jarang benar dimasuki manusia. Air sungainya manis dihirup. Udaranya tulen dan segar.

14. Jam 1 petang, semua pendaki angkat sauh dan menuju ke kem balak. Aku macam biasa last belakang sekali. Trek agak tegak dan pacak tiada belas. Intan sedang bertarung nafas mengerah keringat. Pandangan matanya gelap tanda kurangnya oksigen ke otak dan paru-paru. Mungkin kurang latihan agaknya sebelum datang mencabar gunung batu putih. Aku sebagai sweeper memberi semangat kepada Intan yang agak perlahan mendaki. Kuatkan semangat.

15. Aku bersama Atan, gaid orang asal banyak bersembang santai. Banyak ke pokok tongkat ali? Kalau jumpa nak juga kunyah daunnya buat penambah tenaga. Atan cakap kat kawasan kami tu takde…yang banyak ada kat bawah. Kalau jumpa dia petik. Ok je aku cakap. Hitam ke putih ni atan? Banyak putih je atan balas. Bersembang dengan orang asal ni banyak ilmu kita dapat.

16. Kami mendaki dan terus mendaki. Sampai satu tahap.. aku lihat Intan benar2 nak pitam. Angin dalam perut mungkin. Atau mungkin sedang pregnant? Maklum saja baru berapa bulan melangsungkan perkahwinan. Aku keluarkan biodisc dan rawat Intan segera. Teknik rawatan biodisc ni melibatkan pemindahan tenaga. Biodisc ni tak pernah aku tak bawa jika ke mana-mana gunung. Teringat kisah biodisc ni tawarkan bisa ular kapak ketika kes pelajar kena patuk semasa camping di Ulu Yam 2009. Selepas selesai rawatan ringkas, Intan kembali segar dan ceria. Kami teruskan perjalanan mendaki ke Kem Balak.

17. Kami sampai di kem balak jam 3 petang. Teh lemon panas siap disediakan mami. Penat rasanya mendaki kali ni. Mungkin sebab aku pun takdelah nak training sangat sebelum datang kesini. Kami 18 orang lepak-lepak mengambil angin. Tiba-tiba sekumpulan ultra runners berlari turun dari atas. Mami kenal salah sorang dari group ini. Mereka mula mendaki dayhike jam 2.45 pagi dan skrg sedang dalam perjalanan turun. Menariknya mereka beritahu mereka tak jumpa trail Gua Azan… hahahaha sudah…

18. Habis berehat, kami angkat sauh dan bergerak ke checkpoint seterusnya iaitu gua Azan. Kami tak mau peluh kami kering kerana nanti badan sejuk susah nak panas balik. Destinasi hari ini Gua Azan yang dijangka akan ambil masa lagi dalam 2 jam. Kami sampai di simpang gua azan dan Nampaknya laluan ni dah lama tak dilalui orang. Trek tertutup dan samar-samar. Orang depan ni aku tengok takde pulak dia nak menebas ke bukak jalan. Habis duri bertam melekat di muka dan badan jika tak berhati-hati.

19. Selepas naik dan turun…kami sampai ke Gua Azan. Gua ni sebenarnya adalah batu besar yang dijadikan ruang berteduh oleh orang purbakala. Memang rare dan angker tempat ni. Aku risau gua ni ada ular dan binatang berbisa. Lalu dibacakan salam Nabi Nuh. Sampai je terus aku carik port baik nak tido. Last2 amik keputusan tumpang tido khemah bang mat. Lagi selesa…hahahahaha…

20. Punca air disini agak unik dan rare. Airnya keluar dari rekahan batu. Maha Suci Allah yang menjadikan ciptaanNya. Kami mandi awal dan masak nasi. Menarik sekali menu malam ini. Aku tawarkan diri nak tolong masak sardine. Simple tapi powerful. Selepas solat jamak maghrib dan isyak…kami tido awal untuk puih semula tenaga yang akan dikerah esok pagi.

Ahad 20/01/2019 (Hari kedua)

21. Bangun awal solat subuh. Yang lain masih lena. Aku turun sorang diri ke batu bawah tu untuk berwuduk dan ambil air nak masak pagi ni. Headlamp black diamond 250 lumen cukup terang mencerahi kawasan batu tersebut. Dalam samar-samar disebalik daunan pokok menghijau gelap aku melihat seorang gadis sedang bersiram sambil mengurai rambutnya yang panjang. Mak aiiiii cantiknya tubuh tanpa dibaluti Seurat benang. Mula-mula rasa macam nak skodeng lebih lama…pastu baru aku sedar aku orang pertama bangun dan tak mungkin makhluk ni salah sorang daripada team 18 aku. Aku menikmati pemandangan samar-samar itu dan kemudian makhluk itu ghaib apabila aku cuba merapati lokasinya. Rugi tak bawa phone…kalau tak boleh juga rakam video puteri bersiram di gua air gua azan. Ni pengalaman kedua selepas pengalaman pertama di puncak gunung tahan.

22. Selesai sarapan meehon pagi itu, kami bergambar di gua Azan sebelum naik ke Batu Kak. Bapakkk pacaknya trek. Hardcore level G7. Trail sempit dan tertutup. Banyak main lereng. Ada satu kawasan tu ada line celcom. Sempat call family bagitau semuanya selamat. Kami sampai di satu kawasan lereng bertali. Amat bahaya di sini. Kalau jatuh, mau 200 meter gaung dalamnya menanti. Beg dihulur satu persatu. Sorang-sorang melepasi kawasan maut ini. Kami menaiki tangga aluminium. Batu Kak di belah kanan. Tangga kayu binaan orang asli sudah tidak selamat. Elok lupakan nak ke Batu kak.. kami terus ke mini puncak batu putih.

23. Ada view menarik.. semua giler bergambar. Aku taklah teruja sangat.. lebih kepada tak sabar nak ke air terjun terbunuh di kem Anaconda. Sambung mendaki.. permatang banyak kami lalui dengan sabar. Akhirnya sampai juga di kem anaconda.

24. Terus aku tawarkan diri untuk ambil air dibawah. Ini LWP. Tiada air di puncak. Aku cadangkan tapayah semua nak turun. Sebab trek nya bahaya. Tapi mami cakap semua nak turun. Hmmm.. suka hatilah… Air terjun ini tingginya 1,740 meter dari aras laut. Tinggi beb. Air sejuk macam petis ais. GPS dia 4.222842, 101.433394.

25. Rosyam nor buka jalan menebas ke trek air terjun. 10 minit nak turun jugak.Memang nak terbunuh dibuatnya. Curam sangat wehhh.. tapi bila sampai…Ya Allah.. hilang rasa pewai…pemandangan menakjubkan..aku ambil masa mandi sepuasnya. Habis semua energy negative yang melekat dibersihkan ketika mandi dikawasan ini. Sempat bersabun. Wangi wehhh.. Cukup aku beritau air terjun terbunuh adalah air terjun yang paling rare pernah aku jelajahi seumur hidup aku. Nak citer tak tergambar.. tak terzahir..nikmatnya dan lazatnya energy di kawasan ini. Ala-ala zaman Jurassic. Kepada yang ada masa ada rezeki datanglah dan rasa sendiri. Yang gadis diwajibkan bawa 500 ml air setiap sorang. Lelaki wajib 1 liter untuk bekalan kumpulan di puncak.

26. Lepas mandi, solat jamak dan lunch. Pastu kami sambung ke puncak. Terasa benar pacaknya. Ada satu ketika, kami letak beg dan baju basah di 1 check point batu besar. Aku beri nama kem baju basah. Tak guna nak angkut semua naikk atas bukannya nak pakai pun. Kemudian trek mula bertukar kepada mossy forest tanda puncak sudah hampir.

27. Aku tak boleh lupa bila mak ngah dan baizura kena game dengan Gaid bila dimaklumkan puncak lagi 4 jam. Terus mereka tinggalkan beg mereka di satu kawasan kerana 4 jam lagi macam tak larat nak bawa semua barang ke puncak. Yang sebenarnya gaid orang asli ni memang tak tau berapa jam jadi dia main hentam saja.. lagi 4 jam.

28. Jam 5.30 petang semua peserta sampai di puncak. Entah mengapa taklah rasa teruja sangat. View macam biasa memang mengancam. Ada Beirut besi disini. Semua giler bergambar. Aku sekali lagi tumpang tido khemah bang mat malam ni. Nampak kepuasan diwajah2 pendaki ini. Kepuasan yang tidak boleh digambar hanya boleh difahami oleh mereka yang pernah mengalami. Di puncak ini ada laluan ke trans batu bujang dan trans Spencer Chapman.

29. Sapa pulak Spencer Chapman ni? Frederick Spencer Chapman (10 Mei 1907 - 8 Ogos 1971) adalah pegawai tentera British dan veteran Perang Dunia II, yang paling terkenal dengan ketika zaman Jepun menjajahTanah Melayu. Pada awal tahun 1942, Chapman dan pasukannya cuba melarikan diri dari Malaya, tetapi terpaksa bersembunyi dari Jepun di hutan Malaya dengan bantuan Komunis Cina Malayan yang diketuai oleh Chin Peng yang tinggal di kem-kem gerila di hutan yang berperang dengan Jepun. Dia ni kiranya macam legend jungle survival lah. Dulu awalnya british yang latih PKM ni untuk berperang dengan Jepun bagi pihak British. Pastu PKM lawan british balik.

30. Jam 7 malam..angin sejuk mula bertiup manja tanda akan ujan malam ni. Sebelum masak, 2 kg beras gagal dikesan. Arghh sudah…mana pulak hilangnya ni?? So kena ada plan B. Makan malam disediakan ala kadar.. bubur nasi bersama ikan kurau masin masak lemak nenas. Perghh padu beb. Lepas makan, aku masuk tido awal. Tapi takleh tido jugak sebab abang mat sedang sembang kencang diluar khemah. Jam 12 malam baru semuanya senyap dan tido.

Isnin 21/01/2019 (Hari ketiga)

31. Hari ni cuti hari Thaipussam. Kami seramai 18 orang masih lena di puncak Gunung Batu Putih. Awal-awal lagi aku dah plan nak gerak awal bersama Intan. Disebabkan Intan agak slow.. aku ambil keputusan supaya Intan gerak awal agar tidak ketinggalan. Group lain biar gerak lambat sebab mereka boleh kejar kami nanti.

32. Gaid dah siap berkemas. Macam biasa aku akan sedekahkan barang2 aku pada gaid orang asli. Carrymate hitam dan Flysheet 3x2 warna biru aku lipat cantik dan serah pada Bah Atek. Parang besi tuang ala duku chondong brand Bear Grylls aku waqafkan pulak pada Atan. Senyum jer mereka. Confident gila masa tu macam aku dah tak perlukan Item tu lagi…hahahahaha…yang sebenarnya nak ringankan beg. Hahahaha..taktik..

33. Selepas sarapan Maggi..aku dan Intan memulakan perjalanan turun ke kem anaconda aka Air Terjun Terbunuh. 8 pagi kami dah gerak didahului oleh gaid bah atek dan rosyam nor. Radio check…radio check 1…2…3… Radio check…radio check 1…2…3… ok ngam.. bateri radio tinggal 1 bar. Cukuplah untuk hari ni dah nak balik dah..yeahhh!

34. Intan bergerak pantas. Sap sup sap berdesup desup menuruni denai yang sempit lagi licin tu. Mengah aku nak mengejar Intan di depan. 3 kali aku terjatuh. Apa hal kasut brooks Cascadia 11 ni tak grip langsung. Harap gempak lebih… lumpur dan tanah bila melekat kat tapak tak tanggal memang licin.

35. Sampai di air terjun terbunuh, kami berehat sebentar. Habis berehat kami gerak. Gaid bah atek dan rosyam nor jalan depan..2 minit kemudian mereka ghaib tanpa bayang. Baru 15 minit bergerak dari kem anaconda, Intan yang berada di depanku tergelincir. Kaki kirinya terlipat ke belakang. Begnya yang berat menambah beban dan impak ketika dia jatuh. Jeritan kuat Intan menggemparkan langit dan bumi. Dari raut wajahnya Nampak benar menahan sakit. Bermulalah satu episode yang panjang…

36. Aku melihat buku lali intan…lemah dan terkulai layu tanpa sokongan. Ini tanda patah. Terus aku contact gogo.

Sweeper no1 to Gogo. Sweeper no1 to Gogo. Do you read me. Over.

Gogo to Sweeper no1. Gogo to Sweeper no1. Loud and clear. over

Sweeper no1 to Gogo. Sweeper no1 to Gogo. INDIA.NOVEMBER.TANGGO.ALPHA NOVEMBER. Injured. I repeat. INDIA.NOVEMBER.TANGGO.ALPHA NOVEMBER. Injured. Do you copy. Over.

Roger that. Loud and clear. over

Sweeper no1 to Gogo. Sweeper no1 to Gogo. Request immediate support. I repeat. Request immediate support. Over.

Gogo to sweeper no1. Support on the way. I need five more minutes, I SAY AGAIN, five more minutes…over.

Roger. Radio out.

37. Aku buka first aid kit. Sapu krim sakit otot dan spray. Kemudian balut dengan bandage. Intan menjerit menahan sakit yang amat sangat. Aku tahu perempuan kalau bab tahan sakit ni mereka boleh. Alah..sakit beranak boleh takkan sakit patah kaki tak boleh tahan..aku positifkan minda aku.

38. Ok plan macam ni. Dari pemerhatian mata zahir dan mata batinku, memang Intan tak boleh berjalan apatah lagi nak mendaki turun naik gunung. Lokasi terdekat untuk rest adalah di puncak mini gunung batu putih. Aku pun tak pasti berapa jauh jarak ke sana. Arghh sial… GPS handheld garmin monterra aku tak bawak pulak kali ni.

39. 3 orang yang dibelakang dah sampai. Geng OAC. Mereka cuba bantu. Kena buat tongkat ni. Kena tebas kayu yang sesuai. Kepit kat ketiak. Idea saat kecemasan mula masuk. Aku meraba tepi beg osprey exos 48 mencari parang. Eh tak jumpa pulak… cilakak! Cicir ke apa? Eh time ni pulak tak jumpa. Aku mula panas hati.

40. Dammmm it!! Aku teringat aku dah sedekah kat bah atan. Atan masih jauh dibelakang. Yang si bah atek dah jauh ke depan. Tenang Ariff tenang. Tetiba ah seng muncul. Arghh cantik. Wehh pinjam pisau jap. Eh tetiba ada pulak pisau Rambo ah seng disaat getir ini. Dengan pantas terpaksa potong pokok dan buat tongkat untuk intan berjalan.

41. Dammm… tak boleh jugak. Sakit sangat ni bang ariff. Intan langsung tak boleh berjalan. Rayu intan. Aku blank kejap. Ok, takpe abang dukung. Kau tolong bawa beg aku. Tak berat 8 kg je. Ok.

42. Aku mula dukung Intan. Berhati-hati menuruni laluan trail batu putih. Setapak demi setapak aku melangkah turun. Entah dari mana datangnya kudrat untuk mendukung Intan. Tetiba memori aku mendukung adam aka azrulkhan hasrullah warga OKU yang menggemparkan Negara kerana berani mendaki gunung tanpa kaki menerjah minda. Masa tu naik gunung Kinabalu, Datuk dan Angsi. Berat adam masa tu sekitar 60 kg. Kalau adam boleh ku bawa takkan Intan tak boleh. Pasti boleh… cuba positivekan minda.

43. Berat intan berapa kg? dalam 65 kot Jawab Intan. Ok.. tak kisahlah 65 ke 70 ke. Kita angkat ajerlah. Dalam 5 minit berjalan macam tu aku rehat. Mak aihhh sakit pinggang bhaiiii!.

44. Tetiba mami dan gogo pun sampai. Macam mana sekarang ni kita nak buat apa? Mami bagi idea… kita bawa ke mini puncak batu putih. Dari situ kita minta bantuan orang asli. Gogo pulak masih buntu apa keputusan terbaik untuk diambil. Sedang Intan masih bertarung menahan sakit yang makin membengkak. Agak lama nak ambil keputusan lantas aku tegaskan macam ni. Nak minta bantuan orang asli bukan pilihan sebab mereka takde kepakaran nak bawa turun Intan. Yang ada kepakaran SAR hanya bomba atau SMART team. Kita wajib roger pasukan penyelamat. Kalau untung, mereka akan roger heli untuk rescue. Keputusan untuk lapor ke pihak berkuasa mesti kita persetujui bersama dan kita kena komited ke atas keputusan yang telah kita ambil.

45. Kalau ada heli… heli akan landing di puncak mini gunung batu putih. kalau takde heli kita akan basecamp di situ jugak sehingga bantuan tiba. Tegas dan padat kata-kata aku. Kita kena buat keputusan sekarang. Nak bawa intan ke lokasi mini batu putih tu mungkin kul 4 petang baru sampai. Sementara nak dapat bantuan tu sampai, kita akan rendezvous (a meeting at an agreed time and place.) di lokasi mini batu putih. ok?

46. Ok. Decision. Lapor ke 999. Siapa ada line? Arghhh sial…kat area tu takde line.. yang ada line kat mini puncak batu putih. ok sapa ada handphone gerak ke sana sekarang. Time tu pulak bateri radio out… Dam it! Laporan kecemasan. Pendaki gunung seramai 18 orang kita berada di puncak mini batu putih. 1 pendaki wanita usia 38 tahun cedera dipercayai patah kaki. Tindak. Laporan 999 dibuat.

47. Tetiba mami keluarkan idea bernas. Ok takpe kita buat stretcher do it yourself pakai kain pelikat. Dengan bersemangat aku potong pokok guna myprang duku chondong milik mami. 2 kali tetak putus. Awesome performance parang ni. Mula-mula alas dengan kain pelikat dan kemudian hammock. Aku tengok stretcher do it yourself ni macam hampeh. Tak tegang langsung nak support Intan. Tapi takpe kita try. Maka 4 orang cuba angkut intan. Hahahahaha…macam haram jadinya. Trail sempit hanya muat sorang je mana muat nak bawa stretcher ni. Habis kena duri bertam yang tajam dan kejam. Nak belok pun bukan main payah lagi. 3 minit je berjalan, lantas aku cakap dah tak payah pakai stretcher ni. Makin susah dan membahayakan.

48. Maka aku kembali mendukung Intan. Penat dukung duduk jap amik nafas. Dari 18 orang, hanya aku, mark is, shahrul, mami, gogo dan Faizal yang masih ada untuk bantu Intan. Yang lain dah kedepan tak Nampak bayang. Yang bestnya si atan yang ditugas sebagai sweeper pun dah ke depan.

49. Jam sudah 2 petang. Hujan mulai turun dengan lebatnya. Beg aku dah dibawa turun. Semua kelengkapan kecemasan ada dalam beg tu. Headlamp, survival blanket, emergency ration dan sebagainya. Aku pasrah. Hujan lebat menambah lagi derita Intan yang menggeletar menahan sejuk. Badanku berasap bila dibasahi embun dan kabus.

50. Gogo dan Faizal jalan dulu ke rendezvous point. Disaat kecemasan macam ni kita tidak boleh panik. Fikrah wajib fokus pada objektif untuk membantu mangsa. No one left behind. Tagline military yang popular. Senang cakap daripada buat. Walau apa jua yang berlaku… kami akan pastikan bantuan disampaikan.

51. Hujan tiada tanda akan berhenti. Aku mula menggigil kesejukan. Tenaga makin kurang. Tapi semangat masih kuat meluap-luap. Sampai satu tahap… aku juga hilang sabar. Aku cakap pada mark is untuk minta bantuan pada mereka yang dah sampai kat rendezvous point. We need radio, water, ankle spray, ponstan dan bantuan ganti dukung. Aku pun dah pewai gak ni.

52. Mark is bergegas turun ke rendezvous point untuk minta bantuan. Maka tinggal aku,Intan, mami dan shahrul ketika itu. Hujan, sejuk dan berangin bagai menambah derita kami. Aku sempat berjenaka untuk menceriakan suasana.

53. 30 minit kemudian, gogo dan Faizal datang membantu. Aku terus pakai baju hujan yang diberi Faizal. Terasa hangat kembali. Intan berehat sebentar dan pakai baju hujan. Aku minta gogo ganti dukung intan.

54. Kami berjalan berhati-hati perlahan setapak demi setapak. Kami tidak mahu terjatuh. Ini boleh menambah masalah. Sampai satu ketika giliran aku mendukung Intan. Gogo yang berjarak 5 meter di depan dapat mengesan kehadiran ular. Aku menghulur tongkat kepada shahrul supaya mengusir ular tersebut daripada laluan kami. Rupanya ular jenis blue malayan coral snake. Cukup cantik. Kepalamya berbentuk bujur berwarna oren dengan sisik berkilau berwarna biru. Sejengkal ekornya bewarna oren seolah tanda amaran bahawa mahkluk ini amat berbisa jika kena patukannya. Aku melihat ia menyusur manja ke tepi trek sebelum hilang di sebalik kayu-kayu hutan. Ok selamat jom jalan. Benarlah kata pribahasa ular menyusur akar takkan hilang bisanya.

55. Dukung punya dukung…akhirnya kami sampai juga di rendezvous point mini puncak batu puteh. Lokasi koordinat lebih kurang 4°13’24”N 101°24’20”E Jam dah 4.30 petang. Khemah 2 men tent dan flysheet oren sedia terpasang. Air hujan dah siap ditadah dari takungan flysheet ke dalam botol2 yang ada bagi menghadapi kemungkinan terkandas lebih lama. Aku teringat ketika di tanya pendapat oleh Astro Awani apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh pendaki yang terkandas di puncak gunung kinabalu ketika gempa bumi 2015. Tak disangka kini aku pula yang terkandas di batu putih.

56. Semua dah pewai. Aku sempat kunyah prum yang masih ada untuk menambah tenaga. Dari 18 orang, hanya aku, mark is, shahrul, mami, gogo, gogo2 dan Faizal yang masih ada untuk bantu Intan. Yang lain dipercayai sudah turun ke kem balak. Lantas aku mencari beg aku. Malang sekali beg aku dah dibawa turun ke kem balak. Aiyahhhh…susah hati dibuatnya.

57. Intan sedang diberi rawatan lanjut dan urutan biodisc dalam khemah oleh mami. Intan wajib tukar baju basah ke pakaian kering untuk mengelak hypotermia. Hypothermia adalah keadaan yang berlaku apabila badan anda kehilangan haba lebih cepat daripada dapat menghasilkan haba, menyebabkan suhu tubuh yang rendah. Suhu badan normal adalah sekitar 98.6 F (37 C). Hypothermia berlaku apabila suhu badan anda jatuh di bawah 95 F (35 C).

58. Ambit2 menunjukkan suhu serendah 15° sambil angin bertiup manja membawa titisan awan dan kabus embun menampar wajah-wajah kami. Kami duduk rapat-rapat menghangatkan badan masing-masing. Makanan tiada apa lagi yang tinggal. Aku menjangkakan kami mampu bertahan 1 hari saja dengan bekalan air yang terhad.

59. Situasi Hypothermia ini pernah aku alami semasa misi membawa adam OKU ke puncak trusmadi. Misi tersebut gagal apabila adam menghadapi situasi Hypothermia kronik di kedudukan static 900 meter lagi ke puncak trusmadi. Ketika itu jam 11 malam. Kami bertahan sehingga subuh menunggu bantuan pasukan penyelamat.

60. Menyedari aku tiada kelengkapan untuk menahan suhu sejuk pada malam nanti, maka aku dan shahrul mengambil keputusan untuk turun ke kem balak. Moga beg aku dan kelengkapan masih ada disitu. Aku dibekalkan 1 unit radio yang mana baterinya hampir habis. Kami janji untuk aktifkan radio jam 5.45 petang untuk laporkan kedudukan dan situasi semasa.

61. Aku sempat mengambil no telefon waris Intan untuk dihubungi nanti. Rasa lega apabila mangsa dapat diberi rawatan awal dan rehat. Setelah laporan kecemasan di buat, aku menjangkakan pasukan menyelamat akan tiba di lokasi mangsa paling awal 24 jam dari sekarang. Ini kerana lapisan birokrasi dan pengesahan maklumat kecemasan perlu dibuat sebelum keputusan membawa masuk pasukan penyelamat ke lokasi mangsa. Ini bermakna mereka kena bertahan sambil melayan view sunset,

62. Aku dan shahrul dengan pantas menuruni denai batu putih ke kem balak. Kali ini kami akan potong jalan dan takkan lalu di gua azan. Simpang ke gua azan telah siap di palang oleh bah atek. Baru 20 minit berjalan, kami terdengar sayup-sayup bunyi air terjun. Makin lama makin dekat…macam air terjun terbang bunyinya. Eh ni bunyi heli…

63. Semasa heli melintasi kepala kami, aku perasan warna putih dan jalur merah biru oren dibahagian belly tanda itu helicopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Tak silap aku Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menerima dua buah helikopter dari jenis AW189 daripada syarikat Agusta Westland Malaysia Sdn Bhd (AWM) pada awal Dec 2018. Mungkinkah operasi rescue kali ini memberi peluang kepada Bomba untuk menguji nilai kemampuan sebenar aset baru tersebut?

64. Dipercayai Helikopter jenis itu dilengkapi enjin berkembar mampu memuatkan sehingga 18 individu termasuk juruterbang. Perghhh kalau aku tau ada heli, boleh aku stay kat puncak tadi. Ada untung boleh balik naik heli…untung arrr!

65. Aset helikopter JBPM diketahui sebanyak sembilan buah dengan tujuh daripadanya berpangkalan di Subang manakala bakinya masing-masing di Bertam (Pulau Pinang) dan Miri (Sarawak). Semua aset ini boleh digunakan dan diaturgerak di dalam dan luar Negara pada bila-bila masa.

66. Wahhhh!!! Bersinar mata bercahaya tanda gembira bila bunyi kipas heli yang datang dari jauh makin lama makin dekat. Hati yang pewai kembali bersemangat. Hahahahahaha yes! Syukur Alhamdulillah. Urusan memohon bantuan dipermudahkan. Bantuan helikopter bomba diperlukan memandangkan bentuk fizikal gunung yang curam dan sempit.

67. Bagi memudahkan urusan membawa keluar mangsa, sebuah pesawat Agusta AW189 dari Unit Udara JBPM Pengkalan subang telah berlepas pada pukul xx petang dan tiba di tapah. Jabatan Perhutanan terpaksa mencari koordinat kedudukan mangsa dengan tepat untuk digunakan oleh Unit Udara JBPM. Kapten pesawat dengan dibantu tiga orang anak kapal telah memulakan operasi ke gunung Batu puteh. Teknik ‘winching’ telah dilakukan kerana tiada lokasi sesuai untuk pendaratan.

68. Sementara itu, di puncak mini batu putih, kehadiran heli yang terbang rendah telah menerbangkan khemah dan flysheet. Kapten menurunkan 2 anak kapal untuk proses medical evacuation (medevac). Mangsa di angkut menggunakan stretcher Saleh. Strecher Saleh dicipta oleh PW1 Salehuddin,AQM NURI daripada NO10 Skuadron TUDM Kuantan pada tahun 1974,dan nama Strecher Saleh digunakan sempena nama peciptanya PW1 Salehuddin dan diguna pakai oleh TUDM sehingga kini.Bagi warga veteran sama ada drp ATM atau PDRM ketika era insurgensi pasti sudah biasa melihat strecher saleh digunakan untuk medivacs/casevacs ketika dalam operasi jika NURI tidak boleh mendarat.

69. Casevac.. maksudnya casualty evacuation..utk misi mengangkut keluar anggota atau musuh yg terkorban dari medan. Medevac pula merujuk kepada misi mengangkut keluar anggota yg tercedera dr medan.

70. Selesai proses medevac, mami dan team berkemas untuk turun. Aku pada masa itu tidak tau sama ada mami dan pasukan akan turun pada malam itu atau tidak. Ini kerana radio telah habis bateri. Bateri HF pun dah lama abis bateri akibat gila bergambar. Apa yang ada Cuma msg telepati. Aku menjangkakan mereka akan turun juga pada malam itu.

71. Aku dan shahrul sampai di Kem Balak jam 6.30 petang hari dah gelap. Solat jamak dulu apa apa hal pun. Kemudian head count. Daripada 18 orang, 1 mangsa dah selamat naik heli dan diterbangkan ke hospital. 5 orang masih di mini batu putih dan mungkin dalam perjalanan turun. 7 orang masih ada di kem balak. Mana lagi 5 orang ni?

72. Mak ngah melaporkan. 5 orang ni…Ah seng dah gerak balik ikut gaid orang asli. Abang mad pun dah gerak 30 minit kemudian. Pastu aisyah dan khay pun dah gerak diikuti cikgu sejam kemudian.

73. Aku geram bila dimaklumkan bah atek dan bah atan langsung tidak mahu dikaitkan dengan insiden ini. Mereka kononnya mencari petai dan terjumpa group pendaki kami. Eh macam tu pulak. Takpe kita selesaikan masalah satu persatu. Baru setel kes Mangsa cedera..kini nak setelkan hal 5 orang ni pulak yang dah gerak balik. Takut mereka sesat pulak.

74. Dari kem balak ke starting point ni ambil masa 2 jam juga nak sampai. Banyak simpang jalan kampong orang asli. Kalau tersesat jalan masuk laluan orang asli ni maka risikonya amat besar kerana dipenuhi jerat belantik. Risiko terkena racun getah ipoh satu hal. Adakah headlamp mereka berfungsi. Dapatkah mereka menyeberangi sungai Y yang berarus deras itu. Risiko kepala air lagi.. ancaman kak lang lagi..eh macam macam scenario merasuk fikrah aku ketika itu.

75. Tenang bro… focus your strength and energy on things u can control. The things you cannot control, don’t waste your time. Aku memujuk minda dan kembali tenang. 5 orang ni yang dah keluar dari kem balak, nothing you can do. Apa saja risiko mereka kena tanggung sendiri. Sekarang ni tunggu group mami sampai dari atas. Kemudian buat keputusan sama ada nak keluar atau bermalam di kem balak.

76. Sebenarnya aku ingin saja keluar pada malam itu juga. Ini kerana esok pagi aku akan ke mahkamah di Ipoh untuk menghadiri kes yang mana aku sebagai IO dikehendaki memberi keterangan sebagai saksi kepada hakim.

77. Sedang aku berkira-kira..tiba-tiba HF shahrul berbunyi. Aku pandang dan dapati number private yang call. Mungkin polis ni..Dengan pantas aku minta telefon dari shahrul dan jawab.

Assalammualaikum tuan…dengan sapa saya bercakap ni. Tanyaku dengan jelas.

Wassalam, saya Superintendent Wan Azharuddin Wan Ismail, OCPD (Officer in Charge of Police District ) Tapah.

Oh tuan, nama saya Muhammad Ariff. Saya ulang. Muhammad Ariff. Baik tuan, saya beri laporan awal situasi semasa. Kami seramai 18 orang pendaki mendaki gunung batu putih. Seorang pendaki wanita patah kaki awal pagi tadi dan kini telah selamat diterbangkan oleh helicopter unit udara bomba. Baki 5 orang dalam perjalanan keluar dari kem balak dan dijangka tiba di starting point jam 10 malam. 7 orang kini berada di Kem Balak. Kedudukan static. Saya ulang. Kedudukan static. 5 orang lagi dalam perjalanan turun dari puncak mini batu putih ke kem balak. ETA 9 malam. Saya ulang ETA 9 malam.

Amacam semua ok? Tanya OCPD.

Semua ok tuan. Mantap. Padu dan fit. Balasku.

Makanan semua ada? Tanya OCPD

Semua ada tuan cukup. Balasku dengan yakin.

Orang-orang saya telah ada di lokasi base camp dan siap sedia di aturgerak ke lokasi kamu. What is your plan? OCPD nak tau plan pulak.

Plan kami ialah kami akan tunggu 5 orang lagi yang akan sampai ke kem balak jam 9 malam. Lepas tu kami akan keluar dan ETA di starting point jam 2 pagi. ETA 2 pagi tuan.

Ok boleh ke ni berjalan malam. Ada gaid?

Boleh tuan. Kami yakin. Gaid ada.

Ada yang cedera tak?

Takde tuan. Semuanya mantap.

Ok. Maklum.

Baik tuan, itu sahaja laporan saya. Terima kasih. Assallammualaikum.

Wassalam.

78. Aku Berjaya meyakinkan OCPD tapah situasi semasa kami. Jam 8.30 malam…Setelah berfikir panjang, aku ambil keputusan untuk bermalam saja di kem Balak. Mami dan orang lagi masih belum sampai. Ntah apa cerita kami tak tau.

79. Khemah dan flysheet dipasang. Kami akan bermalam menunggu yang lain sampai. Masak air teh O satu periuk. Shahrul cuba menghidupkan unggun api menggunakan kayu api yang basah tapi gagal.

80. Jam 9 malam, tepat jangkaaku. Mami dan gogo sampai di kem balak. Wajah mereka yang terharu melihat kami menunggu mereka kembali ceria. Aku jemput minum dulu untuk panaskan badan. Makan malam tiada apa yang ada nak dimasak. Biskut je ada buat hilang lapar seketika. Walaupun getir..hati mereka tetap cekal dan tabah menghadapi cabaran ini bersama-sama.

81. Aku update gogo situasi semasa. Esok kita akan keluar jam 7 pagi. Malam ni kita semua rest dulu. Jam 10 malam..Aku dan shahrul masuk khemah dan tido.

82. Mata tak boleh tidur mengenangkan nasib 5 orang tadi. Ah seng dah gerak balik ikut gaid orang asli. Abang mad pun dah gerak 30 minit kemudian. Pastu aisyah dan khay pun dah gerak diikuti cikgu sejam kemudian. Risau jika apa apa hal menimpa…

83. Jam 11.30 malam, baizura update. Aku yang baru nak terlelap terjaga terus. 40 orang pasukan penyelamat sedang diaturgerak masuk ke kem balak untuk operasi mencari dan menyelamat. 40??? Mak aihhh ramai giler. Tadi aku dah update OCPD tapah bahawa kami semua ok selamat. Tapi 40 orang nak masuk ni… hmm.. macam gempar sangat ni..maka kena sambut mereka bila sampai. Aku jangka mereka tiba jam 2 pagi.

84. Tido-tido jap pastu jam 1 pagi 5 orang berpakaian serba hitam dilihat berkeliaran di kem balak. Aku jangkakan bomba tapi tak tau pulak uniform Bomba dah tukar warna Hitam. Bila suluh terpandang HK MP5 di terselit di gengaman. Jari standby di picu. Terkejut dennn…

85. HK MP5 merupakan selaras senjata submesingan yang paling popular digunakan oleh pasukan-pasukan bersenjata seperti polis, tentera dan pihak berkuasa awam diseluruh dunia termasuk Malaysia. Selain itu, ia amat digemari oleh pasukan elit terutamanya semasa pertempuran dalam bangunan. Direkacipta oleh syarikat persenjataan Heckler & Koch yang berpusat di Oberndorf, Jerman Barat pada tahun 1966, MP5 diubahsuai daripada senjata raifal tempur Heckler & Koch G3 dan menggunakan laras berkaliber 9 mm.

86. Dengan pantas aku melompat keluar khemah bagi menghadapi apa jua kemungkinan. Dengan tegap…aku bersuara lantang. Selamat Datang tuan-tuan ke kem balak! Nama saya Ariff. Sila tuan kenalkan diri…

87. Mereka memperkenalkan diri sebagai PGA Batalion 3 Senoi Praaq dari kem bidor. Pasukan Gerakan Am (PGA) ni merupakan salah satu cawangan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pasukan ini merupakan elemen tempur PDRM bagi mengendalikan operasi punitif bertujuan untuk memberi tekanan terhadap sebarang bentuk pakatan bersenjata, kegiatan-kegiatan subversif, pemberontakan dan ancaman yang berlaku di dalam negara Malaysia. Pasukan ini berpergerakan tinggi dengan kebolehan untuk bergerak dalam apa juga keadaan persekitaran.

88. Senoi Praaq adalah unit yang unik dalam PDRM. Senoi bermaksud ” ORANG ” dan Praaq bermaksud ” PERANG “. Pada awalnya unit ini ditubuhkan ianya diletakan dibawah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ( nama JHEOA pada masa itu tidak pula diketahui ) Pemilihan anggota diambil 100% daripada suku kaum orang asli yang terdiri dari suku Temiar, Semelai, Temuan dan Semai. Pada permulaan unit ini beroperasi Platun Komander dan jurusemboyan terdiri daripada Pegawai dan anggota SAS British. Pernah terlibat dalam operasi sulit di Vietnam dan di gelar the silent killer oleh CIA.

89. Pasukan ini memberi tumpuan khusus dalam taktik peperangan gerila malah sangat efektif sekiranya digerakkan dalam jumlah keanggotaan yang kecil. Di awal penubuhannya, ia dikenali sebagai ‘Jungle Squad’ yang kemudiannya ditukar kepada ‘Jungle Company’ sebelum disusun semula pada tahun 1953 dengan nama baru – Pasukan Polis Hutan (PPH). Dalam hal ini, kemahiran dan kewibawaan yang telah dipamerkan oleh pasukan ini tidak boleh dipertikaikan lagi.

90. Selain itu juga, PGA turut membekalkan unit-unit pencegah rusuhan (PORU) yang terlatih apabila diperlukan bagi membantu penugasan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). Ini kerana setiap anggota PGA turut dilatih bagi penugasan mencegah rusuhan.

91. pasukan ini berkebolehan untuk diatur gerak dalam semua situasi dan keadaan muka bumi selain berkebolehan melaksanakan tugas peperangan khas (special warfare) di hutan, perairan dan bandar serta suasana pertempuran jarak dekat (CQB) selain kemahirannya dalam peperangan gerila (CIW).

92. Aku cukup bangga dipertemukan dengan pasukan pengesan khas elit ini. Kemudian satu persatu anggota bomba muncul. Tertera STORM pada uniform mereka. Perghhhh!!! Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) merupakan satu unit elit dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang disertai anggota berkemahiran tinggi bagi menggalas tugasan mencabar dalam tempoh pantas. Menarik sekali bila bah atek dan bah atan juga muncul. Pasti mereka yang jadi gaid untuk bawa masuk pasukan penyelamat.

93. Kemudian jabatan perhutanan bersama 5 orang renjer pun join. Meriah. Kami bersalaman semuanya. Aku kejutkan shahrul minta amik air di anak sungai kecil nak masak air teh. Mereka semuanya pasti letih berjalan malam. Teh o panas walaupun ringkas tapi sudah cukup memeriahkan suasana. Abang Bomba offer 2 bungkus nasi goreng cina. Aku sempat jamah 2 suap sebelum mengaqiqahkannya kepada team yang lain untuk merasa. Last meal mungkin breakfast maggi pagi tadi.

94. Nampak gembira pasukan ini ketika disambut kami. Mereka buat head count. Mula2 acah2 nak keluar malam tu jugak. Kemudian aku yakinkan mereka lagi molek kita keluar esok pagi jam 7 kita gerak. Baik punya pujuk.. last2 mereka setuju. Semua pun letih.. apa kata kita masak maggi. Ramai-ramai makan maggi panas jam 2 pagi memang mendamaikan. Kami bergambar selfie bagai satu saudara yang dah lama kenal. Sembang, borak, gelak dan buat unggun api. Bukan mudah nak kenal pasukan elit ini. Jam 3.30 pagi baru aku dapat tido dalam khemah. Team penyelamat nampaknya tido open berbintangkan langit dan bulan. Minta jangan hujan malam ni.

95. Oh ya..PGA maklumkan 5 orang sahabat team ni dah selamat sampai. PGA jumpa mereka ketika mereka terkandas di sungai Y. Bomba STORM hantar 5 anggota escort ke starting point. Ok noted yang penting selamat.


Selasa 22/01/2019 (Hari ke4)

96. Jam 6.30 pagi bangun solat subuh. Masak air. Kemas dan bersedia untuk pulang. Jam 7.30 semua dah sedia. Unggun api semuanya dipadamkan. Kami panaskan badan diketuai oleh ketua PGA. Kami berjalan pantas. Jam 10 pagi semua hampir sampai di sungai Y. Regroup semua disini. Aku ambil peluang mandi.

97. Jam 11 pagi, aku sampai di starting point. Semua selamat. Kami berkongsi makanan yang disediakan oleh pasukan penyelamat. Walaupun letih tapi puas. Jabatan hutan maklumkan kami masuk tanpa permit. Terkejut den… diringkaskan cerita kami semua ke IPD Tapah untuk diambil keterangan. Gogo kena jawab ni.

98. Lepas habis urusan di IPD Tapah, aku, mami dan mark is ke Hospital Ipoh. Kami ziarah Intan. Xray menunjukkan tulang betis kiri patah tebu. Keputusan kami tepat bila panggil rescue. Cubaan bawa turun sendiri hanya akan bawa lebih padah.

99. Lepas habis ziarah, aku check in hotel di Ipoh. Esoknya ada urusan mahkamah di Ipoh. Baru sempat ulangkaji penyataan saksi. Tengok macam boleh tapau peguambela ni. Tapi bila masuk kamar mahkamah, dekat 2 jam setengah aku kena belasah dengan peguambela. Stress jugak. Boring tapi sempat tgk hf belek komen-komen kes batu putih kat FB. Terhibur jugaklah. Habis sesi mahkamah drive balik KL. 8 malam sampai bangi. End of events.

Rumusan

1) XPDC kali ini walaupun disulami dengan insiden kecederaan, tapi bagi aku satu pengalaman yang benar-benar memberi kami pengajaran, pengalaman dan ilmu baru. Teori dan praktikal digabungkan. Masalah memang ada masalah tak nafikan tapi yang penting bagaimana kita menghadapi masalah itu dan menyelesaikannya. Ada orang bila ada masalah, cuba lari daripada masalah. Itu bukan cara yang betul. Masalah tak selesai malah bertambah lagi ada. Kita ini pendaki dan kita mempunyai keteguhan hati yang luar biasa.

2) Ketika disaat getir barulah ketika itu kita akan kenal siapa sahabat kita yang sanggup bersama-sama berkorban masa dan tenaga. Pengalaman ini mahal. Sesuatu yang mahal itu pasti bernilai. Ribuan ucapan terima kasih kepada semua pasukan penyelamat dan rakyat Malaysia yang mendoakan perjalanan urusan SAR Gunung Batu Putih. Terima kasih kepada yang memberi bantuan disebalik tabir yang terzahir dan tersembunyi.

3) Walaupun jalur srmua dh bukak,kalau masuk tampa permit tetap dlm ertikata pendaki HARAM. Kantoi akan di ambik tindakan mengikut akta perhutanan. Buat le persiapan yg terbaik utk menjalankan aktiviti pendakian. persiapan dari segi alatan, makanan, stamina dan keselamatan. Kawan ajak nk mendaki,kita pun ikut mendaki tapi persiapan tak buat. Bahaya…

4) Pastikan permit ada. Mintak gogo tunjukan permit. Itu hak peserta. Bukan tak percaya,cuma waspada. Gogo pulak kena tunjukan le permit pada line up. Cuma nak maklum tak ada permit daripada org asli, jkkk atau lain2 agensi selain drpada jabatan perhutanan.

5) Report polis sebelum masuk ni sangat penting. Laporan awal ini sebenarnya memaklumkan pihak polis mengenai kesahihan wujudnya aktiviti pendakian di kawasan yang dilaporkan. Sekiranya berlaku misi SAR, rujukan pengesahan awal boleh dibuat tanpa perlu banyak kerenah birokrasi yang mengambil masa. Dalam kes Batu Putih, bantuan Heli dipercepatkan setelah cross check dengan IPD Tapah.

6) Peserta jangan keluar dari trail sesuka hati. Lebih-lebih lagi berjalan malam. Banyak risiko.

Assalammualaikum…

Defcon
Webmaster Team
Posts: 308
Joined: 26 Dec 2006, 22:54
Location: 127.0.0.1
Contact:

Re: Eighteen hikers missing on Gunung Batu Putih!

Post by Defcon » 19 Jul 2019, 16:55

Di era kereta terbang wawasan 2020 esok lusa ini.. terima kasih kerana masih sudi memberi log mahupun untuk arkibkan kisah xpdc anda..terima kasih sekali lagi..
.::[x]:

Post Reply